Monday, April 5, 2010

pengorbanan guru


Salam

Alhamdulilah, syukur kepada Nya yang maha Esa, hari telah sampai broadband yang baru dibeli, Insyallah moga-moga dapat lagi saya mencurahkan kata-kata dalam blog saya. Pencuri yang memecah rumah saya selamat di tangkap, tapi pihak polis kinabatangan tidak dapat nak buat apa-apa kepada pencuri itu kerana masih dibawah umur, bila dah di katakan di bawah umur maknanya dia pelajar sekolah, saya tidak boleh bagi tahu pelajar sekolah mana, takut-takut jadi lain macam, kata orang sabah "kau jangan macam-macam", dalam maksudnya itu. Kalau undang-undang dunia masih boleh membela pelajar tersebut, tapi undang-undang Allah tetap berjalan seperti yang dikatakan, kalau dah terbukti mencuri dia akan di potong tangan mengikut hukum Allah. Saya sendiri hanya mampu berdoa, dengan apa yang terjadi. Tapi di sini saya ingin mengatakan saya xmenghalal walau satu sen dia gunakan hasil kecurian dari rumah saya. biarlah Allah menimpa bala terhadapnya. Bukan dendam tapi sebagai pengajaran kepada orang lain yang niat ingin mencuri............