Sunday, July 17, 2011

Air itu tenangkan minda......itu semua Kekuasaan Allah



Hari ini 17/7/2011, jam 6.00 terasa membuak-buak dalam dada untuk mengambil gambar macro serangga, Cikgu Ise terus menyediakan peralatan untuk shoot gambar serangga. Bila berjalan ke hutan kecil di belakang rumah, aktiviti mencari serangga pun berlangsung, semasa pencarian itu terlihat air di hujung daun paku pakis ini, bila melihat air itu dan pantulan dalam air itu, menenangkan hati Cikgu Ise melihat kekuasaan Allah yang besar begini. Jadi untuk mencari ilham dalam lukisan kita harus mencari dan terus mencari, biasan gambar lanskap dalam setitik air di hujung daun paku pakis....boleh dijadikan inspirasi...