Wednesday, September 30, 2009
Cikgu kembali ke blog setelah lama menyepi
Sunday, September 13, 2009
Assalamualaikum
Thursday, September 10, 2009
Sambungan dari isu seramik
proses membentuk pasu/tembikar
proses membakar tembikar kali pertama iaitu pembakaran biskut (bisque). Biasanya suhu pembakaran kali pertama ialah antara 900 ºc sehingga 1050 ºc. sebelum di bakar, tembikar dibiarkan kering dahulu
Glaze disukat mengikut kadaran ditetapkan
Galze dan cobalt oxide di bancuh sehingga sebati. Untuk yang pertama kali glaze dan cobalt oxide di bancuh menggunakan tangan untuk menghancurkan glaze yang berbiji-biji, seterusnya menggunakan mesin untuk sebatikan glaze dan cobalt oxede supaya lebih halus dan mulus
Kaedah glazing, pelbagai cara di lakukan, kaedah sapu menggunakan berus, kaedah semburan, manakala disini penulis menggunakan kaedah celup
selepas kesemua tadi selesai, semua tembikar di isi kedalam Tanur elektrik - bakar glost, untuk pembakaran glaze pada suhu 1150 ºc , sebelum pembakaran bedd wash disapu lpaster of paris sebelum pembakaran glost dibuat bagi mengelakkan glaze yang meleleh dari produk melekat pada bedd. Seterusnya kon dipasang. Kon yang digunakan adalah kon 5.
Produk dimasukkan dan masa diselaraskan iaitu 9 jam. Kemudiannya tanur ditutup dan suhu dinaikkan ke peringkat paling rendah iaitu LOW. Setiap satu jam selama 4 atau 5 jam suhu dinaikkan, sehingga jam yang terakhir suhu mencecah HIGH. Pembakaran dilakukan selama 9 jam. suhu pembakaran glaze haruslah dibakar pada suhu 1150 ºc dan ke atas
Sebahagian hasil produk penulis yang telah siap dibakar glost
Tuesday, September 8, 2009
Kraf tradisional dan dimensi baru(seramik)
Perkataan seramik diambil dari perkataan bahasa Inggeris ( ceramic ) berasal dari Yunani, dan secara harafiahnya merujuk kepada kepada semua bentuk tanah liat. Bagaimanapun, penggunaan istilah moden meluaskan penggunaannya untuk merangkumi bahan bukan logam bukan organik. Sehingga tahun 1950an, yang paling penting adalah tanah liat traditional, yang dijadikan barangan tembikar ( pottery ), batu bata, tile, dan seumpamanya, bersama dengan simen dan kaca. Kraf tradisional dijelaskan dalam rencana tembikar.
Secara sejarah, barangan seramik adalah keras, poros, dan mudah pecah. Kajian mengenai seramik sebahagian besarnya bertujuan untuk mengurangkan masalah tersebut, dan meningkatkan kekuatan bahan seramik.
Latar Belakang dan Sejarah
Seni seramik adalah hasil pertukangan awal yang dapat dikesan dalam tamadun manusia. Seramik dicipta bukan hanya untuk kegunaan harian malahan untuk tujuan kerohanian. Nilai kepenggunaan dan estetika bersatu dan akhirnya terciptalah seni seramik yang sehingga kini mengalami perubahan yang begitu ketara. Sejarah seni seramik bermula sejak 4000 tahun sebelum Masihi di Egypt atau Zaman Mesopotamia. Seni seramik ketika itu dibentuk berupa hippopotamus yang dikenali sebagai ’faience’ adalah karya seni seramik yang pertama. Ini sekaligus mencatatkan sejarah bahawa sejarah seni seramik bermula sejak manusia wujuk di muka bumi ini.
Seni seramik bersifat global. Pada awalnya seramik semata-mata berfungsi sebagai peralatan kegunaan harian seperti bekas menyimpan air, periuk masakan dan sebagainya. Namun gabungan fungsi, karektor dan dekorasi pada permukaan tembikar sebenarnya membawa penterjemahan ekpresi budaya, sosial dan tamadun sesuatu tempat.
Secara umumnya barangan seramik terhasil dari tanah liat semata-mata, terutama sekali barangan seramik di zaman primitif. Inovasi dalam penghasilan produk seramik dari masa ke semasa membawa kemajuan dalam pelbagai aspek bermula dari proses pembentukan, mewarnakan dan pembakaran. Pada peringkat ini dekorasi dan warna bukan sekadar penghias barangan tetapi berfungsi sebagai lapisan kalis air.
Contoh bahan seramik
Silikon nitride (Si3N4), yang digunakan sebagai serbuk pengkakis.
Boron karbide (B4C), yang digunakan dalam perisai helikopter dan kereta kebal.
Silikon karbide (SiC), yang digunakan sebagai ( succeptor ) dalam ketuhar mikrowave, bahan pengkakis biasa digunakan, dan sebagai bahan pembalikan.
Magnesium diboride (MgB2), yang merupakan superkonduktor luar biasa.
Zink oksida (ZnO), yang merupakan semikonduktor, dan digunakan dalam penghasilan ( varistor ).
Ferrite (Fe3O4), yang merupakan ferrimagnetism dan digunakan sebagai teras transformer elektrik dan ingatan teras magnetik ( magnetic core memory ).
Steatite digunakan sebagai penebat elektrik.
Batu bata (kebanyakannya adalah aluminum silikat ), digunakan dalam pembinaan.
Uranium oksida (UO2), digunakan dalam reaktor nuklear.
Yttrium barium kuprum oksida (YBa2Cu3O7-x), superkonduktor bersuhu tinggi.
Ciri-ciri seramik
Ciri-ciri mekanikal
Bahan seramik biasanya ( bahan ionic atau berkaca. Kedua-dua bahan ini hampir selalunya pecah sebelum sebarang kecacatan plastik ( plastic deformation ) berlaku, yang menyebabkan bahan ini kurang kukuh. Tambahan lagi, disebabkan bahan ini cenderung berciri poros, liang dan kecacatan mikroskopik bertindak sebagai penumpu tekanan, mengurangkan kekuatan, dan tensile strength. Kedua-dua ini memberikan kecenderungan kepada bahan seramik gagal keseluruhannya dan berkecai, berbanding dengan kegagalan perlahan-lahan bahan logam yang membengkok sebelum patah.
Bahan ini menunjukkan kecacatan plastik (boleh membengkok dan bukannya patah). Bagaimanapun, akibat struktur kaku bahan membentuk kristal ( crystalline ), terdapat hanya sedikit sistem gelinciran untuk pengkehelan berlaku, oleh itu ia berlaku secara perlahan-lahan. Dengan bahan tidak berkristal ( non-crystalline ) bahan ber(kaca), pengaliran kelikatan ( viscous ) merupakan sumber kecacatan plastik, dan juga amat perlahan. Ianya dengan itu diabaikan dalam kebanyakan appplikasi bahan seramik
Bahan seramik amat kukuh dibawah tekanan, dan mampu beroperasi pada suhu tinggi. Kekerasannya menjadikan ia sesuai sebagai bahan pengkakis, dan mata pemotong dalam perkakasan.
Ciri-ciri pembalikan
Sesetengah bahan seramik mampu menahan suhu amat tinggi tanpa kehilangan ketahanannya. Bahan ini dikenali sebagai bahan refraktori ( refractory material ). Ia biasanya mempunyai pengalir haba yang rendah, dan oleh itu digunakan sebagai penebat haba ( thermal insulators ). Sebagai contoh, bahagian perut pesawat ulang alik angkasa ( Space Shuttle ) diperbuat daripada tile seramik yang melindungi pesawat angkasa daripada suhu tinggi yang dihadapi ketika kemasukan semula ke atmospera bumi.
Keperluan paling penting untuk bahan refraktori adalah ia tidak akan lembik atau cair, dan ia kekal tidak aktif pada suhu yang diingini. Keperluan akhir berdasarkan pada kedua-dua pereputan diri dan reaksi dengan bahan campuran lain yang mungkin hadir, setiap satunya boleh membahayakan.
Keporosan menjadi lebih berkait dengan refraktori ( refractories ). Apabila keporosan dikurangkan, kekuatan, keupayaan daya ampu ( load-bearing ), dan rintangan persekitaran menurun apabila bahan menjadi semakin padat. Bagaimanapun, apabila kepadatan meningkatkan ketahanan kepada kejutan haba thermal (keretakan akibat pertukaran suhu mengejut) dan ciri-ciri penebatah dikurangkan. Banyak bahan digunakan dalam bentuk amat poros, dan ia bukannya satu perkara luar biasa untuk mendapati dua bahan digunakan: lapisan poros, dengan ciri-ciri penebat yang baik, dengan salutan nipis bahan lebih padat untuk membekalkan ketahanan.
Ianya adalah memeranjatkan bahawa bahan ini boleh digunakan pada suhu yang ia berada dalam keadaan separuh cair. Sebagai contoh, batu bata silika yang digunakan untuk melapis ketuhar menghasilkan besi digunakan pada suhu sehingga 1650°C (3000°F), di mana sebahagian batu bata akan cair. Mereka bentuk untuk situasi sebegitu tidak menghairankan jika ia memerlukan pengawalan yang agak terperinci mengenai semua sudut pembinaan dan kegunaan.
Ciri-ciri elektrik
Salah satu kemajuan dalam bidang bahan seramik adalah penggunaan hasil seramik dalam perkakasan elektrik, di mana ia menunjukkan pelbagai ciri-ciri berlainan yang menghairankan.
[sunting] Penebat dan tingkah laku dielekctrik ( dielectric )
Kebanyakan bahan seramik tidak mempunyai pembawa cas boleh gerak, dan oleh kerana itu tidak mengalirkan elektrik. Apabila digabungkan dengan ketahanannya, keadaan ini mendorong kepada penggunaannya dalam penghasilan kuasa dan transmisi ( transmission ).
Talian kuasa sering di sokong dari pylons oleh cakera porcelain, yang cukup penebat untuk menangani panahan kilat, dan mempunyai kekuatan mekanikal untuk memegang kabel.
Sub-kategori dari ciri-ciri penebatnya adalah dielectric. Dielectric yang bagus akan mengekalkan medan elektrik memaluinya, tanpa menyebabkan kehilangan kuasa. Ini adalah penting untuk penghasilan kapasitor. Dielectrics seramik digunakan dalam dua kawasan. Yang pertama adalah frekuensi tinggi kehilangan rendah dielectrics, digunakan dalam aplikasi seperti ketuhar gelombang ( microwave ) dan pemancar radio. Yang lain adalah bahan dengan konstant constants dielectric tinggi (ferroelectrik). Walaupun dielectrics seramik kurang elok berbanding pilihan lain untuk kebanyakan tujuan, ia memenuhi kedua bahagian dengan baiknya.
Ferroelektrik, piezoelektrik dan pyroelektrik
Bahan ferroelektrik adalah sesuatu yang boleh menghasilkan kepolaran ( polarization ) secara spontan tanpa medan elektrik. Bahan ini menunjukkan medan elektrik kekal, dan ini merupakan sumber konstant dielektrik yang amat tinggi ( extremely high dielectric constants ).
Bahan piezoelektrik adalah bahan dimana medan elektrik boleh ditukar atau dihasilkan dengan mengenakan tekanan kepada bahan tersebut. Ia digunakan dalam pelbagai kegunaan, khususnya sebagai transduker - menukar pergerakan kepada signal elektrik, atau sebaliknya. Ia digunakan dalam peranti seperti mikrophone, penjana ultrasound, dan pengukur tekanan ( strain gauges ).
Bahan pyroelektrik menghasilkan medan elektrik apabila dipanaskan. Sesetengah pyroelektrik seramik amat sensitif sehinggakan ia dapat mengesan perubahan suhu disebabkan seseorang memasuki bilik (sekitar 40 micro Kelvin). Malangnya, peranti sedemikian tidak tepat, jadi ia sering digunakan secara berkembar - satu tertutup, satu terbuka - dan hanya perbezaan antara keduanya digunakan.
Semikonduktor
Terdapat beberapa jenis seramik yang merupakan semikonduktor. Kebanyakan daripadanya adalah oksida besi peralihan ( transition metal oxides ) yang semikonduktor II-VI, seperti zinc oksida.
Walaupun terdapat perbincangan untuk menghasilkan LED biru dari zink oksida, pakar seramik lebih berminat dalam ciri-ciri elektrik yang menunjukkan kesan sempadan grain ( grain boundary effects ).
Peranti yang paling digunakan secara meluas adalah varistor. Peranti ini menunjukkan ciri-ciri luar biasa rintangan negetif. Apabila voltage melalui peranti ini mencapai tahap sempadan tertentu, terdapat kegagalan struktur elektrik dalam sekitar sempadan grain, yang menyebabkan rintangan elektriknya menurun daripada beberapa mega-ohm turun kepada beberapa ratus sahaja. Kebaikannya adalah ia dapat mengyingkirkan banyak tenaga, dan reset secara sendiri - selepas voltage melintasi peranti itu turun di bawah had, rintangannya kembali naik.
Ini menjadikan ia sesuai untuk applakasi pelindung-peningkatan ( surge-protection ). Kerana terdapat kawalan melebihi had voltage dan ketahanan kuasa, ia digunakan dalam pelbagai applakasi. Demonstrasi terbaik mengenai kebolehannya adalah di sub stesyen elektrik, dimana ia digunakan untuk melindungi infrastruktur daripada panahan kilat. Ia mempunyai tindakbalas pantas, penyelenggaraan mudah, dan tidak mudah rosak akibat penggunaan, menjadikan ia sebagai peranti terbaik untuk applikasi ini.
Seramik semikonduktor juga digunakan sebagai pengesan gas. Apabila pelbagai gas melalui seramik polikristal polycrystalline, rintangan elektriknya bertukar. Peranti yang murah dapat dihasilkan apabila ia diselaraskan kepada campuran gas yang berkenaan.
Superkonduktiviti
Di bawah sesetengah keadaan, seperti tahap suhu amat rendah, sesetengah seramik menunjukkan superkonduktiviti. Sebab sebenarnya tidaklah diketahui, tetapi terdapat dua keluarga utama seramik superkonduktiviti.
Tembaga oksida ( copper oxides ) rumit diwakili oleh tembaga oksida Yttrium barium Yttrium barium copper oxide, sering diringkaskan kepada YBCO, atau 123 (menurut ratio logam dalam formula stoichiometriknya [[YBa2Cu3O7-x]]). Ianya amat terkenal kerana ia mudah dihasilkan, penghasilannya tidak membabitkan logam merbahaya, dan ia mempunyai suhu tahap ( transition ) superkonduktiviti pada 90K (yang lebih tinggi dari suhu nitrogen cecair (77K)). x dalam formula ini merujuk kepada fakta bahawa stoichiometrik sepenuhnya YBCO bukannya superkonduktor, jadi ia mesti dalam keadaan kurang oksigen sedikit, dengan x biasanya sekitar 0.3.
Keluarga utama lain bagi seramik superkonduktiviti adalah magnesium diboride. Pada masa ini ia terletak dalam keluarga tersendiri. Ciri-cirinya tidaklah mengkagumkan sangat, tetapi secara kimia amat berlainan dengan superkonduktor yang lain dari segi ia bukannya tembaga oksida rumit ataupun logam. Disebabkan perbezaan ini, diharapkan kajian mengenai bahan ini kan memberikan kesedaran asas kepada phenomena superkonduktiviti.
Memproses bahan seramik
Seramik bukan-berkristal ( Non-crystalline ), asal kaca, cenderung terbentuk dari cecair. Kaca dibentuk ketika cair sepenuhnya, melalui acuan, atau ketika dalam bentuk lembik, melalui cara meniup ke dalam acuan.
Bahan seramik berkristal tidak sesuai untuk bentuk pemprosesan yang luas. Kaedah untuk mengendalikan mereka biasanya terbahagi kepada dua - samaada menjadikan seramik dalam bentuk yang dikehendaki, melalui reaksi ketika itu ( in situ ), atau dengan membentuk serbuk dalam bentuk diingini, dan kemudian ( sintering ) untuk membentuk pepejal. Beberapa kaedah pula menggunakan pendekatan gabungan antara kedua kaedah pembuatan di situ. ( In situ ) Kegunaan utama kaedah ini adalah penghasilan simen dan konkrik ( concrete ). Di sini, serbuk kering dicampur dengan air, dan memulakan reaksi hydrasi, yang menghasilkan kristal saling berpaut panjang sekeliling aggregates. Lama-kelamaan, ini akan menghasilkan seramik pejal.
Masalah utama dengan kaedah ini adalah kebanyakan reaksi terlalu pantas untuk pengaulan yang baik, yang menghalang pembinaan besar-besaran. Bagaimanapun, sistem berskala kecil boleh dilakukan dengan teknik deposit ( deposition techniques ), di mana pelbagai bahan diletakkan di atas bahan asas ( substrate ), dan bertindakbalas dan membentuk seramik atas bahan asas ( substrate ). Teknik yang dipinjam dari industri semikonduktor, seperti chemical vapour deposition, dan amat berguna untuk lapisan.
Kaedah ini cenderung untuk menghasilkan seramik yang pejal tetapi agak lambat.
Kaedah berasaskan pembakaran sintering
Prinsip kaedah berasaskan pembakaran ( sintering ) adalah mudah. Apabila objek yang dibentuk secara kasar (dikenali sebagai "bentuk hijau - green body"), ia dibakar di dalam relau, di mana proses penyepaduan diffusion menyebabkan bentuk hijau mengecut, dan menutup liang padanya, menghasilkan bahan yang lebih kukuh dan padu. Pembakaran ini dilakukan pada suhu rendah dari tahap cair seramik. Keporosan akan hampir sentiasa tinggal, tetapi kelebihan kaedah ini adalah badan hijau boleh dibentuk dalam sebarang bentuk yang diingini, dan masih boleh di bakar. Ini menjadikan kaedah ini kaedah paling mudah.
Terdapat beribu cara penghalusan dalam proses ini. Sebahagian yang biasa termasuk menekan badan hijau untuk memberikan penyepaduan densification permulaan awal dan mengurangkan masa pembakaran yang diperlukan. Kadangkala pelekat organik ditambah bagi mengekalkan bentuk badan hijau, yang akan hilang terbakar ketika pembakaran. Kadang kala pelicin organik ditambah ketika pemampatan untuk meningkatkan lagi penyepaduan. Bukanlah sesuatu yang luarbiasa bagi menggabungkan kesemua tersebut, dan menambah pengikat dan pelicin kepada serbuk dan dimampatkan sebelum dibakar.
Adunan juga boleh digunakan bagi menggantikan serbuk, sebelum dibentuk dengan acuan kepada bentuk yang diingini, dikeringkan dan dibakar. Malah, barangan tembikar traditional dihasilkan melalui kaedah ini, menggunakan adunan yang dibentuk dengan menggunakan tangan.
Jika campuran pelbagai bahan digunakan bersama sebagai seramik, kadang kala suhu pembakaran melebihi tahap cair salah satu bahan campuran * pembakaran fasa cair. Ini menghasilkan tempoh pembakaran yang lebih pendek berbanding pembakaran bentuk pejal.
Beberapa applikasi seramik
Beberapa abad dahulu, penyelidikan di syarikat Toyota telah menghasilkan enjin seramik yang mampu bergerak pada suhu sehingga 6000°F (3300°C). Enjin seramik tidak memerlukan sistem penyejukan dan dengan itu membenarkan penyingkiran sistem penyejukan, pengurang berat yang utama, dan penjimatan minyak yang lebih baik. Keberkesanan bahanapi ( Fuel efficiency ) enjik juga meningkat pada suhu lebih tinggi. Dalam enjin logam biasa, kebanyakan tenaga yang dibebaskan dari bahan api mesti dibebaskan sebagai haba buangan agar bahagian logam dalam enjin tidak cair.
Walaupun dengan kelebihan ini, enjin sebegitu tidak dihasilkan kerana penghasilan bahagian enjin seramik amat sukar. Kecacatan pada seramik akan mengakibatkan keretakan enjin. Enjin sebegitu hanya dapat dihasilkan dalam makmal penyelidikan, tetapi kesukaran untuk penghasilan secara besar-besaran menghalang enjin seramik daripada menjadi barangan pengilangan yang terjamin mutu pengeluarannya
Teknik Membentuk Seramik
Teknik Putaran
Teknik putaran lebih dikenali dalam bahasa inggeris sebagai wheel atau throwing. Teknik ini memerlukan kemahiran menggunakan mesin pemutar. Terdapat dua jenis mesin pemutar iaitu jenis biasa yang memerlukan tenaga mengayuh dan mesin pemutar elektrik. Kemahiran menggunakan mesin pemutar diperolehi setelah melakukan latiahan yang banyak. Ketika menggunakan mesin pemutar, alatan yang diperlukan ialah bekas air, span, span berkayu, dawai pemotong, pengguris, kayu rib, angkup, pembaris dan spatula (jika perlu). Terdapat beberapa peringkat dalam teknik putaran iaitu centering, membuat lubang, membentuk dan memindahkan produk yang siap dibentuk.
Teknik Gabungan Picit-Throwing
Teknik ini menggabungkan penggunaan kaedah picitan dan juga kaedah mesin throwing. Penggunaan kaedah ini biasanya untuk menghasilkan produk yang bersaiz besar. Teknik picit throwing dilakukan dengan membentuk tanah liat menjadi coiling dan kemudiannya diletakkan di atas mesin putaran. Sebelum diletakkan diatas mesin putaran, papan yang dipotong bulat digunakan sebagai alas. Tanah liat berbentuk coiling kemudiannya dilekatkan di atas kayu pada mesin putaran. Mesin putaran diputar secara perlahan-lahan sambil memicit coiling. Bahagian atas coiling kemudiannya dipotong dan disambung lagi dan proses yang sama diulangi sehingga membentuk bahagian tapak produk. Setelah itu barulah tapak dilekatkan dan dibiarkan kering. Produk kemudannya dialihkan dan coiling kemudiannya disambung di bahagian badan ke atas sehingga mendapat bentuk yang dikehendaki. Oleh kerana teknik ini menggunakan kedua-dua teknik iaitu picit dan throwing, maka ia digelar teknik picit-throwing.
bersambung yer......nak masuk kelas
Wednesday, September 2, 2009
kraft tradisional dan dimensi baru (tembikar)
Sejarah seni tembikar ini bermula sejak beribu tahun dahulu. Ia telah terbukti dengan penemuan barangan tembikar seperti di Gua Cha, Kelantan; Bukit Tengku Lembu, Perlis; Ulu Tembeling, Pahang; Bukit Tamabun, Perak dan Guah Niah, Sarawak. Pada zaman dahulu, ragam hias pada permukaan serpihan tembikar berbentuk sederhana yang dibuat secara spontan dan dibakar pada sebarang suhu.
Tembikar-tembikar neolitik yang dijumpai di Mesir, Cyprus dan Crete merupakan contoh-contoh yang menarik dari segi ragam hias. Pada zaman tersebut teknik sepuh dan guris telah berkembang. Selain itu tembikar bukan sahaja dihasilkan dengan bahan tanah liat basah tetapi juga dicampuri dengan pasir, serbuk batu dan arang. Tanah liat asli diambil dari dalam bumi dan sungai. Ia terdiri daripada ‘kulit dan tanah liat endapan’.
Di Perak, terdapat empat tempat yang berasingan di mana sebahagian penduduknya melakukan perusahaan tembikar secara kecil iaitu di Lenggong, Krian, utara Perak : di Sayong, Kuala Kangsar, Perak Tengah dan di Pulau Tiga sebelah selatannya. Usaha untuk menghidupkan kraf tangan tembikar ini telah dijalankan oleh PKKM di Enggor, berhampiran dengan Jambatan Iskandar.
Kegunaan tembikar pada zaman dahulu digunakan sebagai kegunaan harian dan secara keseluruhannya berbentuk periuk, belanga dan kukusan merupakan yang paling awal dicipta. Manakala, di Sarawak dan Sabah pula tembikar digunakan untuk upacara pengebumian. Dari segi bentuknya pula tidak jauh berbeza, persamaan dari segi susunan motif, ketebalan dan dibuat melalui teknik pembakaran pada suhu rendah dengan permukaan yang berwarna coklat, hitam dan kelabu gelap. Walau bagaimanapun tembikar
berbeza kerana ia dihasilkan mengikut teknik-teknik tersendiri serta dipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si pembuat.
LABU SAYONG.
PENGENALAN
Kegiatan perusahaan seni tembikar tradisional di Semenanjung Malaysia telah mula dikenali sejak zaman berzaman dan kini masih hidup perusahaannya di Semenanjung Malaysia. Tembikar merupakan lambang keindahan warisan kesenian yang lahir dari ketajaman ilham manusia. Perusahaan ini kebanyakan di usahakan oleh kaum wanita. Seni tembikar merupakan hasil seni kraf tangan yang diperbuat dari tanah liat yang diuli, diterap dengan pelbagai corak, diserap serta dibakar untuk menghasilkan rupa bentuk yang unik dan berseni.
Tembikar yang terdapat di Sayong, daerah Kuala Kangsar, Perak yang dikenali sebagai Labu Sayong berwarna hitam. Mengikut sejarah Labu Sayong ini, apabila wujudnya buah labu tua yang dikeluarkan isinya dan dibersihkan sebelum dijadikan bekas untuk menyimpan air. Labu hitam ini pada zaman dahulu adalah tempat untuk menyimpan air minuman. Keistimewaan labu hitam ini ialah airnya yang sejuk dan dipercayai boleh menawarkan beberapa jenis penyakit seperti batuk, demam panas. Ia juga digunakan sebagai bekas air sewaktu menziarahi tanah perkuburan.
Bentuk Labu Sayong menekankan sifat semula jadi iaitu tanah liat serta teknik penggunaan tangan. Rekaannya pula menggunakan motif alam sekitar seperti motif bunga padi, pucuk rebung, bunga cengkih dan juga geometri yang harmoni. Oleh yang demikian, Labu Sayong tetap dikagumi dan diminati kerana bukan sahaja penggunaannya semata-mata tetapi keindahannya yang berasaskan nilai estetika barangan tembikar itu.
FUNGSI LABU SAYONG
Labu sayong ini digunakan sebagai bekas minuman, bekas menyimpan air minuman di majlis kenduri, pasu bunga, periuk, perhiasan dan sebagainya. Selain itu ia juga digunakan sebagai hiasan yang direka khas atau sebagai cenderamata. Selain itu di Sarawak, kaum etnik menggunakan tembikar sebagai bekas mengisi corak yang dimagangkan serta sebagai alat pengebumian bagi sesetengah suku kaum di Sabah dan Sarawak.
JENIS LABU SAYONG
Labu Gelugur
Labu yang badanya seperti buah gelugur.
Labu Gombol.
Labu yang berbadan bulat, berleher panjang dan bergombol serta bermulut kecil. Ia juga dikenali sebagai labu air atau labu awak.
Labu Tela
Labu yang badanya berbentuk labu ketala, berleher tirus ke atas dan bermulut agak luas. Ia juga dikenali sebagai labu ketala.
Labu Panai
Labu yang berbadan bulat dan sering bermotif garis timbul selari yang tempelkan pada bandannya.
Labu Lepap
Labu yang berbadan bulat dan licin, ada kalanya bercorak garis gores yang melintang, seorang dan panjang, berleher, gombol, bermulut berbesar, dan bertapak rata. Labu lepap juga dikenali sebagai labu lepan.
Labu Tanah
Tembikar pada dasarnya berbentuk buah labu air atau labu manis. Ia juga dikenali sebagai labu asli atau labu kaki.
Labu Leper.
Labu yang berbadan leper, berleher panjang dan berbadan bergombol, biasanya dihias dengan motif tumbuhan atau geometri. Ia juga dikenali juga sebagai labu bocong.
Labu Besar
Labu yang berbadan besar dan licin serta bulat, berleher panjang, bermulut sebesar lehernya, berkaki dan bertapak lebar seimbang dengan badannya yang besar.
Labu Pucung.
Labu yang berbadan bulat berbentuk seperti buah pucung, buah kepayang atau buah payung, berleher lurus dan bertapak rata. Ia juga dikenali sebagai labu kepayang.
Labu Belalai GajahLabu yang mengambil bentuk muncungnya belalai gajah
BENTUK LABU SAYONG
Terdapat beberapa bahagian yang terdapat pada labu seperti bahagian atas terdiri daripada penutup, bibir, mulut, muncung, motif hiasan dan kepala. Manakala bahagian tengahnya pula terdiri daripada leher. Bahagian bawahnya pula terdapat motif hiasan, bahagian badan, hiasan panai dan tapak atau kaki
Proses menyediakan tanah liat :
Ø Tanah liat dijemur untuk dikeringkan.
Ø Kemudian tanah liat ditumbuk untuk dijadikan tepung dengan menggunakan lesung kaki lalu di ayak.
Ø Tanah liat diperam dalam pasu berair selama tiga hari sehingga tanah mendap ke dasar pasu
Ø Air dibuang dan mendapan tanah liat dan lembut dibiarkan pada permukaan kepingan plaster Paris selama beberapa hari.
Ø Tanah liat diuli sehingga menjadi doh yang lembut dan liat
Ø Kemudian disimpan di dalam bekas yang bertutup untuk kegunaan kelak.
JENIS MOTIF
Motif hiasan labu sayong
1.Labu dihias sewaktu permukaannya masih dalam keadaan lembut.
2.Kebiasaannya motif yang diukir pada labu bermotifkan alam sekeliling atau motif geometri.
3.motif yang dihias pada labu tidak keterlaluan malah hiasan mudah seperti lengkungan (gelung puyuh), jaluran cengkung (gelugur) atau garis timbul (panai).
4.permukaan labu dihias dengan cara tekanan (hiasan tekap) atau turisan. Terdapat juga ragam hias yang dibuat dengan cara menakik (hiasan takik), mengkelar (hiasan kelar) atau mengguris (hiasan guris).
bersambung.................................seramik pula