Monday, April 5, 2010

pengorbanan guru


Salam

Alhamdulilah, syukur kepada Nya yang maha Esa, hari telah sampai broadband yang baru dibeli, Insyallah moga-moga dapat lagi saya mencurahkan kata-kata dalam blog saya. Pencuri yang memecah rumah saya selamat di tangkap, tapi pihak polis kinabatangan tidak dapat nak buat apa-apa kepada pencuri itu kerana masih dibawah umur, bila dah di katakan di bawah umur maknanya dia pelajar sekolah, saya tidak boleh bagi tahu pelajar sekolah mana, takut-takut jadi lain macam, kata orang sabah "kau jangan macam-macam", dalam maksudnya itu. Kalau undang-undang dunia masih boleh membela pelajar tersebut, tapi undang-undang Allah tetap berjalan seperti yang dikatakan, kalau dah terbukti mencuri dia akan di potong tangan mengikut hukum Allah. Saya sendiri hanya mampu berdoa, dengan apa yang terjadi. Tapi di sini saya ingin mengatakan saya xmenghalal walau satu sen dia gunakan hasil kecurian dari rumah saya. biarlah Allah menimpa bala terhadapnya. Bukan dendam tapi sebagai pengajaran kepada orang lain yang niat ingin mencuri............

Monday, March 1, 2010

Assalamulaikum

Maaf, susah sekarang nak memberi pandangan dalam blog, kemudahan broadband yang saya beli telah di curi masa rompakan di rumah saya hari tu....yang menyakitkan hati sungguh....biarlah bala yang si dia dapat....

Assalamulaikum

Dah lama dah tidak menulis blog ini, maklumlah, sibuk dengan sukan sekolah.....berita yang menyedihkah, rumah saya kena pecah, banyaklah kerugian saya dekat2 3 ribu.....biarlah ALLAH yang membalasnya setimpa dengan kesalahannya.....niatnya biarlah hukum hudud, biar putus tangannya.....amin

Wednesday, January 13, 2010

Assalamualaikum kepada semua muslim dan salam sejahtera

Cikgu ise minta maaf banyak2 kerana lama tidak mengupdate blog ini, awal tahun ini banyak kerja nak disiapkan. Tahun ini Cikgu Ise telah memegang jawatan guru kelas, guru pengakap, ketua seni kreatif dan panatia pendidikan seni visual, dahulunya cikgu Khamsah yang memegang jawatan ini, saya mengucapkan terima kasih kepada cikgu khamsah, terima kasih diatas segala ilmu yang di perturunkan...cikgu harap tahun ini cikgu ise dapat membuat yang terbaik untuk warga 1 malaysia. Kepada kawan2 blog yang setia mengunjungi blog ini bersama2 kita berkongsi pendapat dan ilmu.

Saturday, January 2, 2010

assalamualaikum

Dah lama rasanya tidak online sejak balik kampung, maklumlah sibuk sikit berbakti pada kedua ibu bapa di kampung, bukan tak nak online tapi kat kampung tak der line 3G, walaupun sekarang iklan POTONG yang lebih advance 4G lagi, aduh ni yang leceh ni, orang dah 4G tapi kat kampung line 3G pun tara, ape barang celcom,......harap warga celcome yang membaca blog ni harap bagi kerjasama meletak pencawang kat kampung pak roman, kesian kat warga disitu nak 3G ngan anak2 yang kerja di luar dari negeri kelantan...hehehehe......maafkan kami....hahaha, selamat tahun baru untuk 2010, tapi saya lebih suka kalau kita warga islam malaysia menyambut Awal muharram dengan lebih meriah dari tahun baru tak gitu semua,...hahahaha, apa pun sambutlah tahun baru dengan solat sunat tahun baru....wassalam