Tuesday, December 20, 2011

Alhamdulilah





Aku terima nikahnya..............

Monday, November 28, 2011

Terluka dan Terhiris

Mengapa aku,
Dosa semalam amat membuka hati
Kerdilnya diri ini
Banyak kelemahanku
masih tertutupkah keburukkanku
Dengan sekecil kebaikkan yang aku ada...

Ya Allah
Ketemukanlah aku dengan jawapannya
Hamba mu hina ini tak mampu nak meluahkannya
Hatiku terluka
Jiwaku terhiris
Apakah itu tandanya?

Sunday, November 6, 2011

Hari Raya Aidiladhaku Di Perantauan Yang Ke2



Puisi Selamat Hari Raya


Aku tertatih menjalani ini seorang diri tanpamu
Aku merasa diri ini selalu salah dan khilaf
Merasa bahwa diri ini selalu di hantui oleh dosa

Wajah Aidiladha datang menghampiri
Dengan hati yang syahdu
Kita hulurkan jiwa raga menyambut Hari Raya

Subuh hari raya terdengar takbir
Yang Menyejukkan hati
Tiba hari lebaran yang dinanti-nanti
Bersamalah kita bermaaf-maafan

Friday, November 4, 2011

Khas buat Tunangku

Suatu senja yang hening...
Termangu aku merindu..
Di saat itu kau datang dalam hatiku..
Datang berlari ke arah ku..
Dengan senyuman yang terukir di bibirmu..
Terlukis jua di kalbu ku...
Masih bermain di fikiran ku waktu itu..
Hanya kau dan aku...
Seolah-olah dunia berputar mengelilingi kita..
Tak dapat ku bayangkan..
Hidupku tanpa dirimu..
Ku umpama si buta dalam gelita..
Derita melanda jiwa..
Kadangkala..
Ombak datang melanda..
Badai datang menjelma..
Teguhkan kasih kita...
Pertahankanlah mahligai cinta yang terbina sekian lama..
Ku Panjatkan doa..
Menghamparkan sejuta harapan..
Kepada Yang Maha Esa.
Agar berkekalan kasih kita..
Selamanya…

Abang Sayang Ayang

Wednesday, November 2, 2011

Landskap Persekitaran

Seni reka lanskap merupakan perancangan dan penyusunan ruang persekitaran agar indah dan sesuai dengan fungsinya. Ia mengabungkan unsur alam semula jadi dan rekaan buatan manusia. Fungsinya sebagai pengawalan alam sekitar udara bersih,mengawal hakisan, pencemaran dan mententeramkan jiwa.Proses reka bentuk landskap; menentukan tema dan fungsi, mengkaji taipografi dan keadaan fizikal,membuat pelan konsep, pelan awal dan pelan induk. Akhir sekali membuat lukisan perspektif 3 Dimensi.[Tingkatan 4 dan 5]

Pelandskapan merupakan satu proses yang melibatkan kegiatan merancang, mereka membentuk, melaksanakan dan menguruskan landskap.

Jenis-jenis landskap
langkap terbahagi kepada dua iaitu landskap lembut dan landskap kejur/kasar.

1. Landskap lembut ialah landskap lembut yang terdiri daripada unsur-unsur tunbuh-tumbuhan.

2. Landskap kejur/kasar ialah terdiri daripada unsur-unsur binaan seperti siar kaki, tempat duduk, tempat sampah, papan tanda, lampu, arca dan elemen fizikal yang lain.



Thursday, October 13, 2011

Kata Hatiku


Semalam adalah kenangan
Hari ini pengukir cerita
Kenangan penulis sejarah
Ini kata hatiku

Hatiku masih dirundung sepi
Dengan cerita-cerita wayang cinta
Betul entah tidak
Masalah, cinta, kawan-kawan.....

Senyuman dibibirku
Muram dalam hatiku
Diriku sunyi dalam ramai
Hatiku sepi dalam gembira



Sunday, September 11, 2011

Yong Mun Seng (bapa cat air malaysia)

Watercolour - Fishing boat, 10.5ins x 14.5ins, signed and dated 1953

Watercolour - Beach hut, 10.5ins x 14.75ins, signed and dated 1953

Dawn37cm x 54.5cm Watercolour on parchment paper 1955

Title: Seaside Village Medium: Watercolor Year: 1950




Yong Mun Sen (b.1896 - 1962). Born Yong Yen Lang di Kuching, Sarawak. Beliau menukar namanya kepada Yong Mun Sen pada tahun 1922. Beliau dikenali sebagai Bapa Lukisan Malaysia. Walaupun dilatih dalam formal lukisan berus Cina dan kaligrafi di Kwangtung, China, sebagai seorang artis, dia tertarik dengan cat air dan minyak kemudian.

Beliau menetap di Pulau Pinang pada tahun 1922 di mana beliau mempunyai studio seni sendiri di Pulau Pinang Road dan kemudian Northam Road.

Yong Mun Sen terkenal dengan lukisan landskap cat air yang diperbadankan pengaruh dari seni Cina menghasilkan komposisi yang lebih lapang dan umum bukannya dalam gambaran yang lebih terperinci atau fakta.selepas kematiannya pada tahun 1962, karya-karya beliau mengekalkan tempat yang penting dan dihormati dalam Seni Malaysia.

Beliau mempunyai dua keturunan yang mengikuti jejak langkah beliau, Cheng Wah dan Kheng Wah. Kedua-duanya adalah baik menubuhkan atists dalam bahasa pengantar mereka sendiri.

Sekitar tahun 1936, beberapa artis Pulau Pinang mendapati antara satu sama lain dan memutuskan untuk membentuk Penang Chinese Art Club, dengan Mun Sen sebagai Naib Presiden. Beliau menjadi Presiden pada tahun berikutnya.Dengan kedatangan Perang Dunia Kedua pada tahun 1939, Pulau Pinang Chinese Art Club dibubarkan tidak akan diperbaharui lagi. Tempoh Pendudukan Jepun Tanah Melayu dari 1941 hingga 1945 adalah tempoh yang paling tidak produktif hidupnya. Beliau telah beralih kepada pertanian untuk terus hidup.

Berikutan kematian isterinya pada tahun 1941, beliau berkahwin dengan Yao indah Chew Mooi, anak perempuan Yao Swee Lum dari Ipoh (keturunan Kapitan China Yap Ah Loy, ).Beliau akhirnya telah melahirkan empat anak-anak lelaki dan dua anak perempuan. Selepas perang ke atas, dia sangat produktif dan menjadi terkenal melalui pameran di Malaya dan Singapura dan juga melalui kenalan asing di Britain, Amerika Syarikat dan Australia.

Forte Mun Sen landskap di cat air. Beliau telah membuat sallies kerap ke dalam minyak dan lukisan berus Cina tradisional dengan kejayaan, tetapi ia adalah dalam medium cat air yang dia cemerlang . Landskap tidak rumit-Nya telah dilaksanakan di dalam bendalir, mencuci darah penuh.Karyanya mencerminkan usaha bersungguh-sungguh untuk menggabungkan semangat seni Cina. Pengaruh seni Cina menyebabkan komposisi beliau yang lebih lapang dan umum dalam rawatan, mendedahkan kebimbangan untuk sifat-sifat linear dan reka bentuk permukaan. Beliau tidak berminat untuk menyediakan butir-butir atau gambaran fakta landskap dia memerhatikan. Beliau dikawal cat air dan membenarkan transluscency dan sifat berubah-ubah untuk menyebabkan irama.

Trend seni antarabangsa kontemporari ke arah ekspresionisme akhirnya terperangkap dengan beliau pada tahun 1949 dan menapai memabukkan paduan menghasilkan siri cat air abstrak dengan suara lunak surrealist. Beliau meninggal dunia pada tanggal 29 September tahun 1962.

Sepuluh tahun kemudian, pada bulan Mac 1972, Balai Seni Lukis Negara menganjurkan Mun Sen Memorial Art Exhibition. Dengan penilaian yang adil dan bijak, karya-karya beliau akan sentiasa mengekalkan tempat yang mulia di Malaysia seni yang mereka impikan.



Tuesday, September 6, 2011

Pantun kiasan

Pantun digunakan secara puitis di dalam satu corak komunikasi berseni di tempat yang tertentu, di upacara yang tertentu atau untuk menyampaikan kiasan, atau sindiran yang tertentu. Tujuannya adalah untuk membela kehalusan bahasa, kelembutan jiwa bangsa Melayu secara tidak terus terang. Ini bermaksud agar yang kena sindir atau yang kena nasihat itu tidak marah, tetapi sebaliknya ada azam untuk memperbaiki perbuatan dan perangai yang tidak disukai.

Orang Melayu menggambarkan rasa tidak puas hatinya dengan bahasa yang tidak terus terang dengan tujuan mengelakkan berlakunya pertelingkahan yang serta-merta di antara sesama mereka. Ini bersesuaian dengan peranan pantun itu. Perhatikan pantun di bawah ini:

Buah langsat kuning mencelah,
Keduduk tidak berbunga lagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.

Pantun ini menyatakan kepada yang ditujukan tentang rasa kesal, kecewa dan duka cita si penutur pantun. Jelas di sini bahawa pantun menyembunyikan maksud atau perasaan dengan penyusunan kata-kata yang indah. Si penutur pantun mungkin mengharapkan agar dia dapat dihargai dan tidak dilupakan begitu saja dengan kehadiran orang baru. Adapun maksud sebenar sindiran di dalam pantun ini ialah apabila seseorang itu beroleh teman baru, janganlah sekali-kali melupakan jasa baik teman lama. Inilah di antara keunikan pantun Melayu yang penuh dengan kata-kata simbolik yang tidak terdapat pada mana-mana bangsa lain.

Pantun kiasan juga adalah untuk memberi pengajaran dan juga nasihat kepada sesiapa sahaja. Sindiran juga adalah bermakna untuk memberi semangat kepada seseorang, untuk mengingati kepada golongan-golongan tertentu dalam masyarakat. Antaranya kepada muda mudi zaman dahulu yang inginkan ilmu, pengalaman, dan sebaginya. Tujuan adalah untuk mengejek pada seseorang tapi dalam masa yang sama adalah sebagi nasihat pendorong kepada seseorang itu. Ini bersesuaian dengan peranan pantun itu. Perhatikan pantun di bawah ini:

Berburu ke Padang Datar

Dapat rusa bergelang kaki;

Berguru kepalang ajar,

Macam bunga kembang tak jadi.

Pantun ini menyingkapkan maksud yang tertentu, mungkin kepada pemuda atau pemudi yang belajar sesuatu ilmu separuh jalan. Pada maksud pembayang telah mengambarkan kalau kita berburu rusa ditempat padang yang luas, alih-alih rusa bergelang kaki iaitu kiasan kepada sang belang atau pun harimau manakala maksud yang diberikan menonjolkan kepada seseorang yang berguru, tapi berguru hanya sekerat jalan macam bunga kembang tak jadi adalah menguntaikan maksud seperti ilmu yang diperolehi hanya sedikit dan tidak sepenuhnya tidak cantik dipandang, mengalah di tengah jalan dan sebagainya.

Sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat melayu, orang melayu ini suka sangat merendahkan diri. Dalam buku ini kurik kundi merah saga banyak pantun kiasan yang boleh kita definisikan orang melayu terlalu merendahkan diri. Cuba kita lihat pantun kiasan ini.

Hisap rokok dalam kelambu,

Terbit asap menjadi abu;

Saya seumpama golok kayu,

Tetak tak lut gadai pun tak laku.

Kiasan yang pertama pada pembayang adalah memberi petunjuk kepada kita kalau hisap rokok dalam kelambu akan menyusahkan kita kerana malang tidak berbau, kelambu adalah satu benda yang mudah terbakar. Kalau tersalah kena bara rokok pada kelabu nanti satu rumah keluar asap hingga terbakar hanya tinggal abu kalau dapat selamatkan diri pun tinggal sehelai sepinggan. Maksudnya pula menyatakan bahawa diri seseorang itu tidak berguna kepada sesiapa pun. Dia menyatakan dia seperti golok kayu, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berguna kepada masyarakat sama ada buah fikiran, tenaga dan sebagainya.

Orang melayu sememangnya kreatif dalam berbahasa. Setiap tutur kata begitu halus tetapi sinis menyindir, pantun kiasan dipantun adalah untuk memberi kesedaran kepada seseorang atau pun golongan yang tertentu. Sindiran juga dibuat kepada golongan petani yang malas nak bercucuk tanam, tidak mahu berbudi kepada tanah. Tidak mahu bekerja keras dalam kehidupan berajakan kepada malas. Dalam buku kurik kundi terdapat pantun sindiran kepada golongan seperti ini. Cuba lihat pantun kiasan atau sindiran ini.

Tumbuk pulut di lesung tinggi,

Anak Pak Pandir tangkap belalang;

Hidupkan rumput bunuhkan padi,

Tentu sawah bertumbuh lalang.

Sindirannya jelas terpapar kepada individu yang malas bekerja, membiarkan tanah yang ada terbiar begitu sahaja tanpa di usahakan. Orang melayu amat tidak menyenangi individu yang mempunyai sikap begini. Orang melayu dahulu suka berbudi pada tanah kerana berbudi dengan tanah membalas budi dengan hasil tanaman yang berbuah. Di dalam agama juga kita dilarang membuang masa dan membazir. Jelas pantun ini menyindir golongan tertentu yang malas untuk mengusahakan sesuatu.

Pisau raut ulu manung,

Buat meraut rotan saga;

Ikan di laut asam di darat,

Dalam belanga berjumpa juga.

Cuba kita lihat pantun sindiran ini, ia menerangkan bagaimana sesuatu benda itu yang jaraknya diletakkan jauh-jauh sekiranya ia dah ditentukan bersama akan bertemu juga suatu hari nanti. Di sini kita dapat melihat bagaimana sindiran kepada seseorang yang cuba memisah seseorang dengan seseorang mungkin kita dapat memberikan gambaran sebagai kekasih yang cuba dipasahkan kalau dah ditakdirkan oleh Allah akan berjumpa juga suatu hari nanti.

Pantun kiasan dan saindiran ini bermacam-macam sindiran yang dilemparkan kepada golongan-golongan yang berkait dengan situasi ketika itu. nada yang diucapkan juga adalah berbeza dengan dengan tiap pantun sindiran yang lain. Mood penyampain juga adalah berbeza, reaksi muka dan sebaginya. Tetapi yang penting sekali permainan bahasa yang digunakan adalah begitu halus, ini berperanan adalah untuk mengelak dari perkara yang tidak diingini berlaku. Bahasa yang lembut dapat melembutkan hati yang tengah marah, itulah peranan yang penting dalam pantun dalam alam Melayu. Pantun kiasan juga jelas untuk mengingatkan kita jangan memandang rendah seseorang orang lain. Dalam pantun kurik kundi ada menempatkan pantun seperti ini. Ini bersesuaian dengan peranan pantun itu. Perhatikan pantun di bawah ini:

Pokok nangka pohon cempedak,

Pecah-pecah bunga sendudu;

Kecil jangan disangka budak,

Gajah tersungkur oleh pelanduk.

Pantun jelas menempelek golongan-golongan yang tertentu yang merasakan dirinya kuat. Sindiran juga adalah jangan memandang orang kecil walaupun kita berbadan besar kerana kita tidak menjangka, kita tidak mengetahui ilmu yang mereka ada. Walaupun seseorang itu kecil dan kita berbadan besar tetapi kita akalnya pendek sedangkan akal si kecil adalah panjang dan cerdik dengan senang kita ditewaskan dengan akal yang licik. Oleh itu janganlah kita memandang rendah seseorang itu walaupun secara zahirnya kita lihat seorang itu tidah berupaya tetapi kekuatan, semangatnya lebih tinggi dari kita.

Selain itu, pantun kiasan dalam buku ini juga memberikan sindiran kepada seseorang itu yang boleh dianggap bodoh dalam menjalani kehidupan dalam mencari rezeki. Ini jelas dalam pnatun kiasan ini, cuba kita perhatikan.

Buah pauh jatuh tercampak,

Jatuh mari tepi kuala;

Air keruh ikan tak nampak,

Buat penat turun menjala.

Pantun ini jelas menyindir seseorang itu yang tidak tahu menilai sebelum membuat keputusan dalam apa-apa hal. Pada pembayangnya menyata buah pauh atau mangga jatuh tetapi jatuh di tepi kuala telah memberi satu kesimpulan yang buah mangga itu tidak dapat diambil untuk dimakan kerana jatuh di tepi kuala kerana di tepi kuala mempunyai tebing yang dalam, manakan maksudnya menyindir pada seseorang yang membuat sesuatu yang sudah tahu yang usaha yang dilakukan adalah sia-sia hasilnya. Ini membincangkan bahawa orang Melayu dahulu bijak dalam memberi pengajaran kepada seseorang lain dengan penggunaan pantun begini. Kiasannya adalah bersungguh-sungguh dalam menempelek orang lain dalam apa jua keadaan.

Pantun kiasan di hasilkan berdasarkan kepada keadaan, peristiwa yang berlaku dalam latar masyarakat itu sendiri. Kiasannya adalah dengan terjadinya peristiwa sesuatu yang boelh dibuat sebagai teguran kepada seseoarang atau golongan yang sukar untuk menerima kenyataan dalam kehidupan. Sindiran adalah semata-mata hanyalah mengingatkan sesuatu yang tidak akan kembali lagi kepada kita. Perhatikan pantun di bawah ini.

Apa guna sambal tumis,

Kalau tak campur asam belimbing;

Apa guna lama menangis.

Tidakkan penuh telaga yang kering.

Pantun kiasan menyatakan bahawa sindiran si pemantun kepada individu ini yang seolah-olah tidak boleh menerima kenyataan dalam hidupnya. Pembayangnya juga telah membanyangkan bahagian jelas yang terhadap dalam kehidupan. Perkataan yang dihasilkan iaitu bait-bait yang halus dan manis didengar. Jelas di sini bahawa pantun menyembunyikan maksud atau perasaan dengan penyusunan kata-kata yang indah. Si penutur pantun mungkin memberi teguran kepada seseorang yang telah kehilangan sesuatu yang begitu disayangi hingga menanggis berharian-harian wal halkan benda atau sesuatu itu tak akan kembali lagi ke pangkuannya. Kalau dimaksudkan secara mendalam lagi, kemungkinan penutur pantun itu mengharapkan seseorang itu melupakan yang telah berlalu dan penutur itu boleh di jadikan gantinya.

Antara pantun kiasan yang lain yang terdapat dalam buku kurik kundi merah saga ini seperti berikut.

Ada damak ada ipuh,

Naik ke bukit nampak sumpitnya;

Emas perak senang disepuh,

Kalau besi nampak karatnya.


Ada kolah pada masjid,

Tempat budak sembahyang raya;

Tengah malam bintang terbit,

Bulan juga membawa cahaya.


Ada satu anak Mengkabau,

Cari makan di kebun Cina;

Sudah runtuh gunung Rembau,

Gunung Ledang ada gantinya.


Ada satu nama si Putung,

Duduk di surau berbaju kurung;

Taruh umpan salah gantung,

Tak kena ikan kena jerung.


Ada satu panglima raja,

Duduk kerusi kepala meja;

Tengah belayar taufan pun tiba,

Sampan kecil mahu buat apa?


Ada satu Putera Alam,

Duduk berkira siang malam;

Sungguh jernih air di kolam,

Tunggul buruk ada di dalam.


Ada satu Raja Pahlawan,

Sehari-hari duduk di kota;

Bukanlah bumi dilengkong awan,

Bulan matahari mahu serta.


Anak Cina belayar kapal,

Pecah cawan terantuk ke kemudi;

Kait bunga galah tak sampai,

Bunga biasa luruh sendiri.


Anak Cina belayar kolek,

Hendak pandai menjaga kemudi;

Kalau semua pilih yang cantik,

Tidaklah laku kain kodi.


Anak Cina berdayung sampan,

Hendak menuju kuala pekan;

Kalau takut tabur umpan,

Mana tahu ikan tak makan.


Anak raja berkirim surat,

Dari timur sampai ke barat;

Senjata lama dah dimakan karat,

Mana tikam susah nak lekat.


Anak helang dibawa terbang,

Bawa terbang terpingit-pingit;

Kalau abang tahu membilang,

Cubalah bilang bintang di langit.


Kesimpulan

Secara terusnya saya berpandangan bahawa, dalam buku kurik kundi merah saga ini, banyak pantun-pantun yang begitu baik yang telah dikumpulkan dalam semua pelusuk negeri dan negara. Semua pantun yang dijumpai dan disalain semula adalah menempakkan bahawa orang melayu adalah serumpun bahasa dan bangsa yang memisahkan hanya sempadan. Tetapi yang menyatukan kita adalah bahasa yang sama dan budaya itu sendiri.

Kerinduan


4/5/2011, aku bertandang ke rumah Tunangku ayang, dan pertama sekali dalam hidupku makan speggeti yang di masak sendiri oleh tunangku, seni memasaknya memikat hatiku sebagai seorang lelaki, walaupun aku tidak pernah makan speggeti sebelum ini, barulah pertama kali aku merasa, sedap sangat-sangat. abang amat kagum dengan ayang, mula-mula rasa macam tak biasa dirasa, macam tak kebiasaan, dan bila pada waktu begini, teringat aku rasa kerinduan kepadanya dan masakannya....

Monday, September 5, 2011


Selama seminggu aku di kampung berhari raya dan membuka lebaran baru dalam sejarah hidup aku sebagai lelaki, aku telah bertunang dengan kekasih hati yang tercinta setelah 3 tahun kami berjuang dan akhirnya kami bertunang pada 3/9/2011. 5/9/2011 aku berterbang balik tempat mencari rezeki dan ilmu di negeri bawah bayu ini. Aku diterbangkan dengan firefly, seronok juga naik kapal terbang ini, selesa walaupun makanan agak mahal dalam kapal ini, yang penting sedap tetapi aku aku tidak berselera sperti selalu teringat kepada orang tua ku di kampung dan tunangku. Abah, Ma anakanda pergi berjuang dulu yea.....tunangku, abang berjuang dulu...

Tuesday, August 23, 2011

Sedarkah kamu

Walaupun ada segelintir manusia suka berkata:
“~KUBUR LAIN-LAIN, DOSA LAIN-LAIN, SIKSA NERAKA LAIN-LAIN~”
INGATLAHHH yang menguruskan jenazah kamu ORANG LAIN,
yang sembahyang DAN mengkebumikan kamu ORANG LAIN,
yang bersedih diatas kematian kamu juga melibatkan ORANG LAIN..
jadi jangan menyusahkan MEREKA YANG LAIN dgn perangai kamu yg tidak diredhai Allah SWT..
renung2kan ^_^

Sunday, August 21, 2011

Tokoh seniman malaysia

Syed Ahmad Jamal

Syed Ahmad Jamal dilahirkan pada 19 September 1929 di Bandar Maharani, Muar, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Tambatan Rendah, Johor Bahru dari tahun 1936 hingga 1938. Kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Tambatan Tinggi pada tahun 1939, Sekolah Inggeris Ngee Heng pada tahun 1940, Sekolah Inggeris Bukit Zaharah dan Seterusnya English College (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar) Johor Bahru hingga tahun 1949. Beliau kemudian meneruskan pelajaran di Birmingham School of Architecture pada tahun 1950. Pada tahun 1951 hingga 1955, beliau melanjutkan pelajaran di Chelsea School Art, London.

Sekembali dari England, beliau bertugas sebagai guru di High School, Batu Pahat, Johor dari tahun 1956 hingga 1957. Pada tahun 1957 beliau bertugas sebagai Pensyarah di Maktab Perguruan Harian, Kuala Lumpur (sekarang Maktab Seri Kota). Pada tahun 1958 hingga 1959 beliau bertugas di Malayan Teacher’s College, Kirkby, Lanc., England. Pada tahun 1963 hingga 1964 beliau mengikuti pengajian seni arca di School of Art Institute, Chicago, Illinois, Amerika Syarikat. Kemudian dia dilantik sebagai Pengetua Maktab Perguruan Ilmu Khas di Cheras pada tahun 1964.

Beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Sejarah Seni di University of Hawaii, Honolulu pada tahun 1973. Pada 1974, dia mengikuti pengajian Falsafah Seni Islam di Harvard University, Cambridge, Amerika Syarikat. Sekembalinya ke tanah air, beliau bertugas di Muzium Seni Asia, Universiti Malaya dan kemudianya dilantik sebagai Pengarah Pusat Kebudayaan, Univerisiti Malaya pada tahun 1979. Beliau dilantik sebagai Pengarah Balai Seni Lukis Negara pda tahun 1983 hingga 1991.

Syed Ahmad Jamal telah menerima pelbagai anugerah: Ahli Mangku Negara(1969); Kesatria Mangku Negara (1983); Asean Cultural Award – Visual Art (1987) dan pada 1995, dia dianugerahkan Anugerah Seni Negara. Dia dianugerah Panglima Jasa Negara pada 1996.

Selain melukis dan menyertai pelbagai pameran berkumpulan , dan solo, Syed Ahmad Jamal telah menerbitkan buku-buku kesenian yang penting. Antaranya Rupa dan Jiwa (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.1992); Kunang-Kunang : Kenang-kenangan Syed Ahmad Jamal Seniman Negara (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka 1999) serta banyak catalog pameran yang menjadi sumber rujukan bidang seni lukis di Negara ini.

TARIKH 30 Julai baru-baru ini negara dikejutkan dengan kematian tokoh terkemuka bidang seni rupa, Datuk Syed Ahmad Syed Jamal.

Ketika umat Islam sibuk menyambut kedatangan Ramadan, Seniman Negara yang berasal dari Muar, Johor itu meninggal dunia di kediamannya pada pukul 9 malam ketika berusia 82 tahun.

Pemergiannya satu kehilangan besar bagi negara sekaligus memberi kesan kepada institusi seni dan pendokong karya seni di negara ini dan antarabangsa. Ini kerana seni itu telah menjadi darah daging tokoh keramat tersebut sejak 53 tahun lalu.

Allahyarham merupakan antara tokoh yang memainkan peranan penting dalam perkembangan Balai Seni Lukis Negara, malah pernah memegang jawatan Pengarah Balai Seni Lukis Negara dari tahun 1983 sehingga tahun 1991.Beliau satu-satunya tokoh seni terulung sepanjang zaman dalam ruang lingkupnya yang tersendiri.


Allahyarham merupakan seorang pelukis yang berbakat besar dan telah menghasilkan karya-karya seni yang penuh penghayatan untuk tatapan para pencinta seni sehinggalah ke hari ini.

Beliau juga mengadakan pameran solo bagi mempamerkan hasil-hasil karya beliau untuk tatapan umum. Antara termasuklah pameran Antara Langit & Bumi, Ruang dan On & Off King’s Road.

Walaupun susuk tubuhnya mungkin tidak dikenali generasi terkini yang tidak meminati seni rupa berbanding seni hiburan, namun allahyarham secara eksklusif mempunyai pendokong dan pengikutnya yang tersendiri.

Malah, tidak salah dikatakan beliau umpama mahaguru seni yang tiada pencabar dan memiliki aura yang tersendiri.

Beliau dianugerahkan Hadiah Seni Negara pada tahun 1995 dan pelbagai anugerah lain kerana penglibatannya dalam seni rupa.

Allahyarham yang lebih dikenali dengan panggilan SAJ, sangat terkenal dengan keberaniannya merakamkan peristiwa-peristiwa kemanusiaan termasuk politik negara dan dunia dalam setiap perjalanan karya seninya.

Dalam pada itu, allahyarham turut menerima pelbagai tanggapan berikutan lukisannya yang menyentuh kemerdekaan, pembangunan negara dan politik di bawah pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, perjuangan Palestin, peristiwa politik tahun 1998 dan tsunami pada tahun 2004.

Bagaimanapun, allahyarham secara peribadi enggan menyertai mana-mana parti politik tetapi tetap lantang menyuarakan pandangan dan mengambil pendirian terhadap isu-isu kritikal yang berlaku di persekitarannya.

Menyorot pandangan rakan-rakan yang mengenali beliau, Raja Ahmad Aminullah mengakui sangat mengagumi SAJ yang dianggapnya sebagai satu-satunya seniman negara dalam seni rupa (lukisan dan arca) yang tiada tolok bandingnya.

Menurut Raja Ahmad, SAJ juga merupakan satu-satunya pelukis yang dinobatkan sebagai tokoh seni negara, selain merupakan seorang pendokong seni yang komited dengan dunia seni tanah air sehingga akhir hayatnya.

“Buktinya semasa saya menganjurkan festival seni antarabangsa, Pekan Seni Ipoh pada 1995 hingga 2000, SAJ banyak membantu menjayakan festival tersebut. Malah, sehingga sekarang apa sahaja aktiviti seni yang dianjurkan dia pasti terlibat.

“Beliau merupakan salah seorang jawatan kuasa pengelola festival tersebut banyak memberi idea selain bertungkus-lumus membanting tulang menggerakkan festival berkenaan,” kata pemilik galeri seni, R A Fine Arts itu.

Jelas Raja Ahmad lagi, SAJ merupakan seorang seniman yang berjiwa besar dalam menggalakkan kegiatan seni orang muda di negara ini sekaligus mengangkat nilai seni tanah air ke persada yang lebih tinggi setanding dengan Barat.

Pelukis yang banyak merakamkan peristiwa-peristiwa penting dalam perjalanan sejarah negara ini dikebumikan di tanah perkuburan Sungai Pusu, Gombak, 31 Julai, 2011.

sumber

http://www.kosmo.com.my/