Monday, November 28, 2011

Terluka dan Terhiris

Mengapa aku,
Dosa semalam amat membuka hati
Kerdilnya diri ini
Banyak kelemahanku
masih tertutupkah keburukkanku
Dengan sekecil kebaikkan yang aku ada...

Ya Allah
Ketemukanlah aku dengan jawapannya
Hamba mu hina ini tak mampu nak meluahkannya
Hatiku terluka
Jiwaku terhiris
Apakah itu tandanya?

Sunday, November 6, 2011

Hari Raya Aidiladhaku Di Perantauan Yang Ke2



Puisi Selamat Hari Raya


Aku tertatih menjalani ini seorang diri tanpamu
Aku merasa diri ini selalu salah dan khilaf
Merasa bahwa diri ini selalu di hantui oleh dosa

Wajah Aidiladha datang menghampiri
Dengan hati yang syahdu
Kita hulurkan jiwa raga menyambut Hari Raya

Subuh hari raya terdengar takbir
Yang Menyejukkan hati
Tiba hari lebaran yang dinanti-nanti
Bersamalah kita bermaaf-maafan

Friday, November 4, 2011

Khas buat Tunangku

Suatu senja yang hening...
Termangu aku merindu..
Di saat itu kau datang dalam hatiku..
Datang berlari ke arah ku..
Dengan senyuman yang terukir di bibirmu..
Terlukis jua di kalbu ku...
Masih bermain di fikiran ku waktu itu..
Hanya kau dan aku...
Seolah-olah dunia berputar mengelilingi kita..
Tak dapat ku bayangkan..
Hidupku tanpa dirimu..
Ku umpama si buta dalam gelita..
Derita melanda jiwa..
Kadangkala..
Ombak datang melanda..
Badai datang menjelma..
Teguhkan kasih kita...
Pertahankanlah mahligai cinta yang terbina sekian lama..
Ku Panjatkan doa..
Menghamparkan sejuta harapan..
Kepada Yang Maha Esa.
Agar berkekalan kasih kita..
Selamanya…

Abang Sayang Ayang

Wednesday, November 2, 2011

Landskap Persekitaran

Seni reka lanskap merupakan perancangan dan penyusunan ruang persekitaran agar indah dan sesuai dengan fungsinya. Ia mengabungkan unsur alam semula jadi dan rekaan buatan manusia. Fungsinya sebagai pengawalan alam sekitar udara bersih,mengawal hakisan, pencemaran dan mententeramkan jiwa.Proses reka bentuk landskap; menentukan tema dan fungsi, mengkaji taipografi dan keadaan fizikal,membuat pelan konsep, pelan awal dan pelan induk. Akhir sekali membuat lukisan perspektif 3 Dimensi.[Tingkatan 4 dan 5]

Pelandskapan merupakan satu proses yang melibatkan kegiatan merancang, mereka membentuk, melaksanakan dan menguruskan landskap.

Jenis-jenis landskap
langkap terbahagi kepada dua iaitu landskap lembut dan landskap kejur/kasar.

1. Landskap lembut ialah landskap lembut yang terdiri daripada unsur-unsur tunbuh-tumbuhan.

2. Landskap kejur/kasar ialah terdiri daripada unsur-unsur binaan seperti siar kaki, tempat duduk, tempat sampah, papan tanda, lampu, arca dan elemen fizikal yang lain.