Rasanya sejak dapat pindah ke semenanjung tanah air dah lama blog ini menyepi, kemungkinan sibuk dengan sekolah baru barangkalinya. Kepada anak didik yang berapa di Bukit Garam, Kinabatangan Sabah di negeri bawah bayu, semoga anak-anak berjaya hendaknya, boleh sembang di FB.
Orang kata kenagan itu tidak akan luput dari ingatan, inilah kenangan aku sewaktu di SMK Bukit Garam, dari kiri Awis housemate, aku, sifu khamsah, Japri guru paling ditakuti, belakang cikgu Azli cikgu paling sempoi, en. Mazlan, sifu kesusasteraan melayu dan ramai lagilah, gambar ini diambil sewaktu menyiapkan balapan untuk sukan sekolah.
Bukan kami tidak ada kerja sewaktu di Sabah, lambakan kerja juga banyak sama dengan sekolah-sekolah di Semenanjung, gambar ini di ambil bukan sewaktu sesi fotografi sekolah, tapi hari biasa, cuma kami guru lelaki telah berpakat untuk memakai baju tema yang sama. Kami di sekolah ini seperti keluarga yang bahagia, bekerja sama, tidak ada perbezaan antara pentadbir dengan guru biasa, semua layanan sama, kerana kami sekeluarga.. PK Hem, En. Azmi Tambuyong, seorang pentadbir yang sempoi tapi tegas, PK Ko jugak seorang hebat dan terbaik..
sekian,
Bersambung