Monday, November 23, 2009

Potret art

Sunday, November 22, 2009

Pelukis, kartunis, Jaafar Taib





































Cikgu Ise adalah seorang peminat En. Jaafar Taib, hasil kerja yang dilakukan adalah memuaskan hati, apa yang menarik minat cikgu Ise adalah tema karyanya. Cikgu Ise adalah peminat kepada alam semulajadi. Ayam hutan merupakan satu burung yang cantik mempunyai subang istilah orang kelantan iaitu mempunyai tanda putih di telinganya. Pada pendapat cikgu Ise, Jaafar Taib ialah individu yang berkebolehan dalam melukis figuratif, disini kita melihat hasil karya siri ayam hutan yang dihasilkan menampakkan realistik yang menampakan helaian bulu ayam tersebut. Jelas yang hendak di sampaikan olehnya. Pada pendapat cikgu Ise, Jaafar Taib ingin menyampaikan mesej supaya menyintai khazanah alam Malaysia. Cikgu Ise amat meminati spesis ayam hutan ini, cantik ayamnya, hobi cikgu Ise juga memelihara ayam, yang paling di minati adalah ayam serama. Penggunaan asas seni reka, kadar banding dan perspektif amat baik, penggunaan unsur seni warna, kontra yang di gabung amat baik menghasilkan sebuah karya yang istimewa, figura yang di hasilkan menampakkan penegasan dalam karya beliau, penggunaan unsur warna, permainan warna dari warna latar dan warna depan dapat di bezakan, ada kontranya disitu. Hasil sapuan berus yang di gunakan dapat menghasilkan jalinan yang menarik perhatian individu yang melihatnya, bagaimana Jaafar Taib dapat menghasil sebuah lukisan figura yang realistik, jalinan catannya menampakkan helaian bulu-bulu ayam tersebut. Perkaitan dengan ruang pula, Jaafar Taib menghasilkan ruang begitu menarik dengan memasukkan perspektif dengan memainkan warna iaitu nilai ton yang mewujudkan ruang kedalaman. Melihat kepada karya yang dihasilkannya, cikgu Ise berpendapat, Jaafar Taib menggunakan perspektif satu titik lenyap, setiap hasil karya yang di hasilkannya, beliau menggunakan warna yang menampakkan neutral, bersesuaian dengan temanya untuk menampakan alam semula jadi, selain it setiap gubahan dalam karya beliau menampakkan keharmonian dalam setiap karya beliau, penggunaan teknik yang betul amat penting dalam sesuatu catan, manakalan menitik beratkan asas seni reka akan membuatkan sesebuah karya itu akan menjadikan ia menarik perhatian umum, sekali pandang kita dapat meneka apakah simbolik atau mesej yang hendak di sampaikan, jika kita lihat gambar yang ke-8, penggunaan prinsip rekaan iaitu irama dan pergerakkan jelas di gunakan, ia menampakkan ayam itu tengah berlaga atau meyabung. setakat itu sahaja......bersambung




Assalamualaikum & Salam sejahtera


Rasanya dah lama cikgu Ise tidak menulis blog, sejak semenjak ini cikgu ise amat sibuk untuk hari-hari terakhir persekolahan. Sejak cikgu Ise memegang jawatan setiusaha guru data banyak kerja yang perlu disiapkan termaksuklan SMM, OPMEN, EMISH online. Bagi cikgu Ise ini sebagai pencarian ilmu sebagai guru, cikgu Ise memohon maaf kepada peminat seni kerana tidak meng UPDATE blog ini. Cikgu Ise masih mentah dalam penulisan ilmiah, untuk itu jika ada penulisan yang salah harap pengunjung blog ini menegur sebagai sistem pembelajaran, bak kata pepatah melayu, BUAH CEMPEDAK DI LUAR PAGAR, AMBIL GALAH TOLONG JOLOKAN, HAMBA BUDAK BARU BELAJAR, KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN...Hahahaha, seminggu sebelum cuti, cikgu Ise telah menerima surat yang dikehendaki menghadiri kursus Kadet pertahanan awam bertempat di Renggu Tawau. Dalam hati ini mungkin dalan hutan kami kursus rupanya dalam villa, bestnya tempanya, dalam villa itu terdapat kebun buah-buahan. kami berkursus dalam 5 hari. Cikgu Ise mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Pertahanan Awam kerana sudi menjemput kami berkursus dan layanna yang di berikan serta program yang memberikan kami ilmu yang kami tidak pernah dapat sebelum ini. Apa yang menariknya semasa kami berkursus ialah saya melihat banyak dinding-dinding di hiaskan dengan lukisan alam , saya begitu kagum dengan hasil lukisannya yang menarik perhatian saya, selain itu landskap vila tersebut begitu cantik dan indah, walaupun dalam ladang kelapa sawit, tetapi bila berada dalam villa tersebut rasa lain seperti dalam taman. Salah satu program yang menarik ialah CPR dan proses menyelamat. Untuk malam terakhir kami di hidangkan dengan ceramah agama jemputan dari Ustaz dari sekolah berdekatan, dalam ceramah tersebut menyentuh IKHLAS, ikhlas dalam semua perkara, yang penting adalah niat kerana ALLAH, setiap perkara yang dilakukan mestilah ikhlas dan niat kerana ALLLAH, semua perkara di berikan dan dia akan tarik dengan sekelip mata kalau kita melupakanNya, Cikgu Ise pernah terpikir setiap apa yang di perkatakannya dalam ceramah, kita umat islam jarang mengucap, bersyukur kepadanya. Jadi setiap perkara yang dilakukan mestilah ikhlas dan tidak mengharapkan balasan. Jadi cikgu Ise mahu mengajak pengunjung blok ini berikhlas dalam melakukan sesuatu perkara itu dan niat kerana ALLAH walaupun dalam SOLAT(SEMBAHYANG).

Monday, October 19, 2009

Video pembuatan tembikar dan jenis2 motif

Seni Warisan Melayu kesusasteraan, pantun

2,3 minggu saya terbaca buku pantun, tajuknya kurik kundi merah saga, pantun kiasan melayu. pantu merupakan elemen seni, iaitu kesenian warisan budaya, kesenian mencipta pembayang dan mengkias sedikit kepada golongan2 tertentu, tak salah sekiranya saya mengatakan orang melayu zaman dulu kala amat kreatif dan mempunyai kesenian yang tinggi. Tidak salah kiranya saya memasukkan ruangan kesusateraan dalam blog saya ini kerana saya berfikir bahawa pantun dan sealirannya dalam satu perkataan iaitu "SENI". Di sini saya mengupas sedikit tentang buku kurik kundi merah saga edisi ke-2






Pengenalan

Pantun Melayu adalah merupakan sebuah hasil sastera rakyat yang tertua yang disebar-luaskan secara lisan. Ia tergolong di dalam corak sastera yang berbentuk non-narrative atau bukan cerita. Pantun adalah bahasa berangkap yang mengandungi unsur-unsur keindahan, seperti banyak baris tiap rangkap, banyak suku kata, ritma akhir, pembayang maksud, asonasi-aliterasi, kata-kata yang indah, ringkas dan padat. Pantun merupakan suatu bentuk tradisi lisan yang masih hidup sehingga sekarang. Fungsinya yang terdapat dalam hampir semua aspek kehidupan dalam upacara, kegiatan seni, dan kegiatan berunsurkan pendidikan menyebabkan pantun digemari. Setiap pantun yang terhasil dari pemikiran seseorang Melayu membawa maksud yang tersendiri melalui isi hati dan pemikiran tentang sesuatu perkara yang diucapkan secara halus walaupun maksudnya amat mendalam.

Pantun Melayu merupakan puisi Melayu tradisional yang merupakan pusaka atau warisan Melayu yang merupakan puisi yang terikat iaitu yang mempunyai bentuk, rangkap, rima, pembayang dan maksudnya. Pantun merupakan puisi ciptaan asli orang Melayu, bukan saduran dan penyesuaian daripada puisi-puisi jawa, India, cina dan sebagainya (Harun Mat Piah, et,2000:112).

Pantun juga merupakan hasil pengalaman hidup yang sederhana, yang dijalin dengan daya keintelektualan, dan seni masyarakat Melayu tradisional. Maka pastinya pantun ialah pemerian latar hidup, filsafat, dan penghayatan seni masyarakat Melayu. Saya berpendapat, kejadian pantun berdasarkan kepada ilham dari pengamatan hasil dari persekitaran dan peredaran semasa dengan mencari makna kehidupan sendiri. Secara inti patinya alam sekitar menjadi sumber ilham. Budaya lisan yang wujud pada suara, telinga, dan ingatan menentukan bentuk pantun. Bentuk ini tidak harus panjang lebar, kerana ingatan kita tidak dapat menangkap dan merakamkan terlalu banyak rincian, kata, bunyi, baris dan maksud. Oleh yang demikian, bentuknya harus agak pendek-pendek dan padat.

Pada permulaan pantun bermula dengan pantun dua kerat, kemudian pantun dicipta dengan empat kerat kerana penggunaan pantun ini memudahkan pemantun untuk mencipta pantun. Setelah terciptanya pantun empat kerat maka lahirlah pantun enam, lapan, dua belas hinggalah kepada dua puluh. Ini kerana orang Melayu terdahulu menunjukkan daya kreatif dalam berimaginasi bagaimana mereka mencipta bait-bait pantun dengan mencari makna dahulu kemudian menyatakan pembayang. Penciptaan pantun adalah berkait rapat dengan hasrat hati, permainan bahasa, ejekan, sindiran dan pemikiran yang berfalsafah pemantun.

Pantun juga bererti umpama. Sepantun maksudnya seumpama, seperti dalam, sepantun ayam kehilanagan induk. Dilihat dari segi bentuknya, ciri utama dalam ialah sampiran. Pantun merupakan puisi Melayu lama yang menggambarkan kehalusan budi dan keprihatinan masyarakat pada waktu itu terhadap alam dan ruang lingkup budayanya. Ruang lingkup budaya masyarakat Melayu lama bukan sekadar berkisar dalam diri, antara lainnya seperti sedih, hiba, sayu, kasih dan benci tetapi melebar kepada soal-soal sindiran, kiasan, cinta tanah air, pelayaran, ekonomi dan hubungan diplomatik.

Pantun dibahagikan kepada dua aspek yang penting, iaitu aspek luaran dan dalaman. Aspek luaran ialah dari segi struktur dan seluruh ciri visual yang dapat dilihat dan didengar termasuk rangkap, suku kata, pembayang dan maksud, rima yang tetap, dan setiap rangkap pantun mengandungi satu fikiran yang bulat dan lengkap. Manakala aspek dalamannya pula termasuk penggunaan lambang-lambang yang tertentu dan adanya perhubungan makna antara pasangan maksud, sama ada hubungan konkrit atau abstrak.

Semuanya itu dalam satu bentuk pemikiran yang tersusun dijelmakan dalam rangkap-rangkap pantun. Bukan sahaja mempunyai erti yang mendalam tetapi persembahan pantun itu sendiri amat menarik dengan baris dan pilihan kata-katanya dengan rima serta susunan perkataannya. Bentuk pemikiran itu membawa makna dan sekali gus memberi gambaran alam yang amat akrab dengan kehidupan masyarakat Melayu tradisi. Segala-galanya digubah dengan cara yang menawan.
Menurut Zainal Abidin bin Ahmad atau Za’ba dalam buku Pelita Bahasa Melayu Penggal III 1957 menyatakan bahawa pantun adalah milik masyarakat Melayu

“ pantun ini ialah cara karangan berangkap yang betul-betul hak Melayu dari asal dan betul-betul mengandungi semangat Melayu. Dan lagi ialah kaedah yang sejati bagi mengubahkan alun perasaan “syair” yang sebenar, iaitu menggambarkan fikiran-fikiran hiba, sayu, sedih, suka, sindir, giat, dan warna-warna perasaan yang indah seperti hal ehwal berkasih-kasih dan pujuk rayu yang lembut antara kekasih dengan kekasih.”

Walaupun masyarakat Melayu lama tidak tahu tentang ilmu tulis menulis namun mereka dapat mencipta pantun dengan baik. Mereka boleh berbalas- balas pantun di antara satu sama lain. Ini lazimnya berlaku dalam majlis-majlis yang tertentu seperti kenduri kendara, majlis meminang, pertemuan di musim menuai, majlis menyambut kelahiran anak dan lain-lainnya lagi. Manakala dalam perbualan biasa pula, kalangan orang-orang tua sering menyulam pantun dalam percakapan mereka. Dengan demikian, fikiran yang mereka kemukakan bertambah jelas apatah lagi pantun yang mereka gunakan mempunyai maksud yang bernas dan tepat.

Pada umumnya pantun memiliki ciri-ciri dam hukum kepuitisan yang tersendiri antaranya lain ialah

1. Memiliki rangkap-rangkap yang berasingan.

2. Setiap rangkap terdiri daripada baris-baris atau kerat-kerat, misalnya; pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat, pantun sepuluh kerat, pantun dua belas kerat dan pantun enam belas kerat.

3. Jumlah suku kata dalam setiap baris adalah antara lapan hingga dua belas.

4. Setiap rangkap ada bahagian pembayang dan bahagian maksud. Pembayang tersebut juga sebagai sampiran atau pembayang maksud.

5. Skema rimanya ialah a-b-a-b

6. Setiap rangkap atau stanza pantun memiliki kesatuan fikiran yang lengkap dan sempurna.

7. Memiliki lambang-lambang yang sesuai dengan norma dan nilai masyarakat setempat.

8. Terdapat hubungan makna antara pembayang atau sampiran dengan bahagian maksud.

Bagaimanapun, banyak pendapat yang bertelingkah tentang ciri yang terakhir itu.
Ada yang berpendapat bahawa tidak terdapat hubungan antara pembayang maksud dengan maksud dalam pantun. Sementara pendapat lain mengatakan ada hubungan antara. Walau bagaimanapun, kadang-kadang kita dapati memang ada hubungan di antara pembayang maksud dengan maksud dalam satu-satu rangkap pantun. Ada juga yang tidak mempunyai apa-apa hubungan. Atau hubungannya tidak jelas.

Demikian juga dengan suasana atau gambaran alam yang terdapat dalam pembayang pantun itu menggambarkan kehidupan orang Melayu dengan tumbuh-tumbuhan yang berguna kepada mereka. Mereka tahu benar di mana pokok terap tersebut hidup subur. Menangkap ikan dengan menggunakan belat pula adalah satu cara kehidupan orang-orang Melayu yang tinggal berhampiran dengan sungai. Terutamanya apabila air sungai surut maka belat digunakan untuk mengepung ikan supaya masuk ke dalam lukah yang dipasang.

Jelas sekali bahawa kehidupan masyarakat Melayu dapat dikesan melalui serangkap pantun yang indah. Keseluruhan pantun itu memberikan satu kesatuan fikiran yang akrap dengan kehidupan. Sindir-menyindir dan kias ibarat memainkan peranan ketika menyampaikan sesuatu fikiran agar ia berkesan dan indah melalui pantun.

Berdasarkan struktur pantun ini, dapat kita lihat satu binaan yang amat kukuh dan rentak rimanya dirasakan bermula di tengah-tengah pada setiap baris iaitu ketika kita meletakkan ‘jeda’ atau berhenti sekejap ketika menyebut atau membaca pantun itu. Rima di tengah sedemikian ini menjadikan pantun tersebut lebih kemas dan indah. Malah rima itu bagaikan terdapat pada setiap kata yang kemudiannya hadir pada setiap baris pembayang dan maksudnya.

Setiap perkataan dalam pantun lazimnya mempunyai hubungan yang amat akrab dengan kehidupan masyarakat Melayu. Justeru itu, jelas pada kita ia merupakan norma dan nilai dalam masyarakat itu sendiri. Jika ia mengandungi perlambangan dengan maksudnya yang tersirat di sebalik sindiran dan kiasan, maka perlambangan itu adalah dalam konteks yang difahami malah digunakan oleh masyarakat Melayu. Malah sebagai satu budaya ia menggambarkan kesantunan, kelembutan dan keindahan yang jelas dilihat bukan sahaja pada maknanya tetapi juga pada struktur luarnya.

Dalam pantun, bahasa yang digunakan lebih mengutamakan kefahaman dan kejelasan makna tetapi yang ditekankan adalah bahasa yang digunakan perlu memperlihatkan kehalusan, kesempurnaan dan kemuliaan pembentukan serta penyusunannya. Ketiga-tiga ciri ini perlu untuk memperlihatkan nilai estetik sesebuah pantun.

Dengan ini jelaslah bahawa gaya bahasa dalam pantun cukup penting untuk melihat gaya seseorang pengarang menghasilkan karya. Hal ini bermakna, gaya bahasa merupakan kombinasi dua unsur, iaitu idea yang diekspresikan dan keperibadian pengarang. Gaya bahasa merupakan sesuatu yang istimewa, iaitu sebagai teknik eksposisi, pencapaian estetika dan pernyataan sikap pengarang.



Contoh pantun yang akan saya kaji adalah pantun kiasan atau sindiran dalam Buku Kurik Kundi Merah Saga. Dalam buku ini, pelbagai kategori pantun telah dijeniskan, semuanya mempunyai 11 kategori iaitu pantun kasih sayang, adat, kiasan, orang dagang, jenaka, perbilangan, budi, agama kepahlawan dan berniaga. Ruang lingkup yang akan saya kaji dan contohnya ialah hanya pantun kiasan.



Pantun Kiasan

Pantun digunakan secara puitis di dalam satu corak komunikasi berseni di tempat yang tertentu, di upacara yang tertentu atau untuk menyampaikan kiasan, atau sindiran yang tertentu. Tujuannya adalah untuk membela kehalusan bahasa, kelembutan jiwa bangsa Melayu secara tidak terus terang. Ini bermaksud agar yang kena sindir atau yang kena nasihat itu tidak marah, tetapi sebaliknya ada azam untuk memperbaiki perbuatan dan perangai yang tidak disukai.
Orang Melayu menggambarkan rasa tidak puas hatinya dengan bahasa yang tidak terus terang dengan tujuan mengelakkan berlakunya pertelingkahan yang serta-merta di antara sesama mereka. Ini bersesuaian dengan peranan pantun itu. Perhatikan pantun di bawah ini:


Buah langsat kuning mencelah,


Keduduk tidak berbunga lagi;


Sudah dapat gading bertuah,


Tanduk tidak berguna lagi.


Pantun ini menyatakan kepada yang ditujukan tentang rasa kesal, kecewa dan duka cita si penutur pantun. Jelas di sini bahawa pantun menyembunyikan maksud atau perasaan dengan penyusunan kata-kata yang indah. Si penutur pantun mungkin mengharapkan agar dia dapat dihargai dan tidak dilupakan begitu saja dengan kehadiran orang baru. Adapun maksud sebenar sindiran di dalam pantun ini ialah apabila seseorang itu beroleh teman baru, janganlah sekali-kali melupakan jasa baik teman lama. Inilah di antara keunikan pantun Melayu yang penuh dengan kata-kata simbolik yang tidak terdapat pada mana-mana bangsa lain.

Pantun kiasan juga adalah untuk memberi pengajaran dan juga nasihat kepada sesiapa sahaja. Sindiran juga adalah bermakna untuk memberi semangat kepada seseorang, untuk mengingati kepada golongan-golongan tertentu dalam masyarakat. Antaranya kepada muda mudi zaman dahulu yang inginkan ilmu, pengalaman, dan sebaginya. Tujuan adalah untuk mengejek pada seseorang tapi dalam masa yang sama adalah sebagi nasihat pendorong kepada seseorang itu. Ini bersesuaian dengan peranan pantun itu. Perhatikan pantun di bawah ini:

Berburu ke Padang Datar,
Dapat rusa bergelang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Macam bunga kembang tak jadi.

Pantun ini menyingkapkan maksud yang tertentu, mungkin kepada pemuda atau pemudi yang belajar sesuatu ilmu separuh jalan. Pada maksud pembayang telah mengambarkan kalau kita berburu rusa ditempat padang yang luas, alih-alih rusa bergelang kaki iaitu kiasan kepada sang belang atau pun harimau manakala maksud yang diberikan menonjolkan kepada seseorang yang berguru, tapi berguru hanya sekerat jalan macam bunga kembang tak jadi adalah menguntaikan maksud seperti ilmu yang diperolehi hanya sedikit dan tidak sepenuhnya tidak cantik dipandang, mengalah di tengah jalan dan sebagainya.
Sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat melayu, orang melayu ini suka sangat merendahkan diri. Dalam buku ini kurik kundi merah saga banyak pantun kiasan yang boleh kita definisikan orang melayu terlalu merendahkan diri. Cuba kita lihat pantun kiasan ini.


Hisap rokok dalam kelambu,
Terbit asap menjadi abu;
Saya seumpama golok kayu,
Tetak tak lut gadai pun tak laku.

Kiasan yang pertama pada pembayang adalah memberi petunjuk kepada kita kalau hisap rokok dalam kelambu akan menyusahkan kita kerana malang tidak berbau, kelambu adalah satu benda yang mudah terbakar. Kalau tersalah kena bara rokok pada kelabu nanti satu rumah keluar asap hingga terbakar hanya tinggal abu kalau dapat selamatkan diri pun tinggal sehelai sepinggan. Maksudnya pula menyatakan bahawa diri seseorang itu tidak berguna kepada sesiapa pun. Dia menyatakan dia seperti golok kayu, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berguna kepada masyarakat sama ada buah fikiran, tenaga dan sebagainya.
Orang melayu sememangnya kreatif dalam berbahasa. Setiap tutur kata begitu halus tetapi sinis menyindir, pantun kiasan dipantun adalah untuk memberi kesedaran kepada seseorang atau pun golongan yang tertentu. Sindiran juga dibuat kepada golongan petani yang malas nak bercucuk tanam, tidak mahu berbudi kepada tanah. Tidak mahu bekerja keras dalam kehidupan berajakan kepada malas. Dalam buku kurik kundi terdapat pantun sindiran kepada golongan seperti ini. Cuba lihat pantun kiasan atau sindiran ini.

Tumbuk pulut di lesung tinggi,
Anak Pak Pandir tangkap belalang;
Hidupkan rumput bunuhkan padi,
Tentu sawah bertumbuh lalang.

Sindirannya jelas terpapar kepada individu yang malas bekerja, membiarkan tanah yang ada terbiar begitu sahaja tanpa di usahakan. Orang melayu amat tidak menyenangi individu yang mempunyai sikap begini. Orang melayu dahulu suka berbudi pada tanah kerana berbudi dengan tanah membalas budi dengan hasil tanaman yang berbuah. Di dalam agama juga kita dilarang membuang masa dan membazir. Jelas pantun ini menyindir golongan tertentu yang malas untuk mengusahakan sesuatu.

Pisau raut ulu manung,
Buat meraut rotan saga;
Ikan di laut asam di darat,
Dalam belanga berjumpa juga.

Cuba kita lihat pantun sindiran ini, ia menerangkan bagaimana sesuatu benda itu yang jaraknya diletakkan jauh-jauh sekiranya ia dah ditentukan bersama akan bertemu juga suatu hari nanti. Di sini kita dapat melihat bagaimana sindiran kepada seseorang yang cuba memisah seseorang dengan seseorang mungkin kita dapat memberikan gambaran sebagai kekasih yang cuba dipasahkan kalau dah ditakdirkan oleh Allah akan berjumpa juga suatu hari nanti.
Pantun kiasan dan saindiran ini bermacam-macam sindiran yang dilemparkan kepada golongan-golongan yang berkait dengan situasi ketika itu. nada yang diucapkan juga adalah berbeza dengan dengan tiap pantun sindiran yang lain. Mood penyampain juga adalah berbeza, reaksi muka dan sebaginya. Tetapi yang penting sekali permainan bahasa yang digunakan adalah begitu halus, ini berperanan adalah untuk mengelak dari perkara yang tidak diingini berlaku. Bahasa yang lembut dapat melembutkan hati yang tengah marah, itulah peranan yang penting dalam pantun dalam alam Melayu. Pantun kiasan juga jelas untuk mengingatkan kita jangan memandang rendah seseorang orang lain. Dalam pantun kurik kundi ada menempatkan pantun seperti ini. Ini bersesuaian dengan peranan pantun itu. Perhatikan pantun di bawah ini:

Pokok nangka pohon cempedak,
Pecah-pecah bunga sendudu;
Kecil jangan disangka budak,
Gajah tersungkur oleh pelanduk.

Pantun jelas menempelek golongan-golongan yang tertentu yang merasakan dirinya kuat. Sindiran juga adalah jangan memandang orang kecil walaupun kita berbadan besar kerana kita tidak menjangka, kita tidak mengetahui ilmu yang mereka ada. Walaupun seseorang itu kecil dan kita berbadan besar tetapi kita akalnya pendek sedangkan akal si kecil adalah panjang dan cerdik dengan senang kita ditewaskan dengan akal yang licik. Oleh itu janganlah kita memandang rendah seseorang itu walaupun secara zahirnya kita lihat seorang itu tidah berupaya tetapi kekuatan, semangatnya lebih tinggi dari kita.
Selain itu, pantun kiasan dalam buku ini juga memberikan sindiran kepada seseorang itu yang boleh dianggap bodoh dalam menjalani kehidupan dalam mencari rezeki. Ini jelas dalam pnatun kiasan ini, cuba kita perhatikan.

Buah pauh jatuh tercampak,
Jatuh mari tepi kuala;
Air keruh ikan tak nampak,
Buat penat turun menjala.

Pantun ini jelas menyindir seseorang itu yang tidak tahu menilai sebelum membuat keputusan dalam apa-apa hal. Pada pembayangnya menyata buah pauh atau mangga jatuh tetapi jatuh di tepi kuala telah memberi satu kesimpulan yang buah mangga itu tidak dapat diambil untuk dimakan kerana jatuh di tepi kuala kerana di tepi kuala mempunyai tebing yang dalam, manakan maksudnya menyindir pada seseorang yang membuat sesuatu yang sudah tahu yang usaha yang dilakukan adalah sia-sia hasilnya. Ini membincangkan bahawa orang Melayu dahulu bijak dalam memberi pengajaran kepada seseorang lain dengan penggunaan pantun begini. Kiasannya adalah bersungguh-sungguh dalam menempelek orang lain dalam apa jua keadaan.
Pantun kiasan di hasilkan berdasarkan kepada keadaan, peristiwa yang berlaku dalam latar masyarakat itu sendiri. Kiasannya adalah dengan terjadinya peristiwa sesuatu yang boelh dibuat sebagai teguran kepada seseoarang atau golongan yang sukar untuk menerima kenyataan dalam kehidupan. Sindiran adalah semata-mata hanyalah mengingatkan sesuatu yang tidak akan kembali lagi kepada kita. Perhatikan pantun di bawah ini.

Apa guna sambal tumis,
Kalau tak campur asam belimbing;
Apa guna lama menangis.
Tidakkan penuh telaga yang kering.

Pantun kiasan menyatakan bahawa sindiran si pemantun kepada individu ini yang seolah-olah tidak boleh menerima kenyataan dalam hidupnya. Pembayangnya juga telah membanyangkan bahagian jelas yang terhadap dalam kehidupan. Perkataan yang dihasilkan iaitu bait-bait yang halus dan manis didengar. Jelas di sini bahawa pantun menyembunyikan maksud atau perasaan dengan penyusunan kata-kata yang indah. Si penutur pantun mungkin memberi teguran kepada seseorang yang telah kehilangan sesuatu yang begitu disayangi hingga menanggis berharian-harian wal halkan benda atau sesuatu itu tak akan kembali lagi ke pangkuannya. Kalau dimaksudkan secara mendalam lagi, kemungkinan penutur pantun itu mengharapkan seseorang itu melupakan yang telah berlalu dan penutur itu boleh di jadikan gantinya.
Antara pantun kiasan yang lain yang terdapat dalam buku kurik kundi merah saga ini seperti berikut.

Ada damak ada ipuh,
Naik ke bukit nampak sumpitnya;
Emas perak senang disepuh,
Kalau besi nampak karatnya.


Ada kolah pada masjid,
Tempat budak sembahyang raya;
Tengah malam bintang terbit,
Bulan juga membawa cahaya.



Ada satu anak Mengkabau,
Cari makan di kebun Cina;
Sudah runtuh gunung Rembau,
Gunung Ledang ada gantinya.


Ada satu nama si Putung,
Duduk di surau berbaju kurung;
Taruh umpan salah gantung,
Tak kena ikan kena jerung.

Ada satu panglima raja,
Duduk kerusi kepala meja;
Tengah belayar taufan pun tiba,
Sampan kecil mahu buat apa?


Ada satu Putera Alam,
Duduk berkira siang malam;
Sungguh jernih air di kolam,
Tunggul buruk ada di dalam.


Ada satu Raja Pahlawan,
Sehari-hari duduk di kota;
Bukanlah bumi dilengkong awan,
Bulan matahari mahu serta.


Anak Cina belayar kapal,
Pecah cawan terantuk ke kemudi;
Kait bunga galah tak sampai,
Bunga biasa luruh sendiri.


Anak Cina belayar kolek,
Hendak pandai menjaga kemudi;
Kalau semua pilih yang cantik,
Tidaklah laku kain kodi.


Anak Cina berdayung sampan,
Hendak menuju kuala pekan;
Kalau takut tabur umpan,
Mana tahu ikan tak makan.


Anak raja berkirim surat,
Dari timur sampai ke barat;
Senjata lama dah dimakan karat,
Mana tikam susah nak lekat.


Anak helang dibawa terbang,
Bawa terbang terpingit-pingit;
Kalau abang tahu membilang,
Cubalah bilang bintang di langit.

Kesimpulan

Secara terusnya saya berpandangan bahawa, dalam buku kurik kundi merah saga ini, banyak pantun-pantun yang begitu baik yang telah dikumpulkan dalam semua pelusuk negeri dan negara. Semua pantun yang dijumpai dan di salin semula adalah menampakkan bahawa orang melayu adalah serumpun bahasa dan bangsa yang memisahkan hanya sempadan. Tetapi yang menyatukan kita adalah bahasa yang sama dan budaya itu sendiri.

Cikgu Ise Bersajak....DIAMKU

Diamku

Sesudah tiba waktunya
Menunggu warna reda terpancar
Sinar matamu bening dan menikam
Aku telah memilih diam

Diam bukan bererti marah
Diam bukan bererti kalah
Diam bukan bererti salah
Diam bukan bererti lemah

Malam ini kita dicabar dengus angin
Mana ada cinta perkasa yang memandai
Antara umbi hidup dan subur kehidupan
Aku telah memilih diam

Diamku mengajar aku memahami sabar
Diam adalah salju memadam api marah
Diam umpama bunga penyeri halaman
Mereda gelora
Diam dibina dengan ambangan bulan
Mencari kebenaran
Diam umpama cermin diri

Setelah seribu langkah melangkah
Aku memilih diam
Kerana diam lebih erat dan berbicara
Jika bicara mengundang dosa
Memanas api sengketa
Mendatang bencana
Disalah teka

Sesudah tiba waktunya
Izinkan aku memilih diam
Sehingga aku temui kata-kata
Yang mampu menjadi makna

Wednesday, October 14, 2009

Pelajaran Baru

Sebelum ini, cikgu Ise amat tertarik dengan Adobe terutama Fhotoshop, sudah lama jatuh hati dengan software ini. Bukan apa..sebab grafik adalah salah satu dari cabang Seni Visual, Sebelum raya hari itu di PKG bukit garam, ada mesy tentang DBLAT, jadi cikgu ise telah berkenalan dengan salah satu guru yang pandai dan berkemahiran tinggi dalam fhotoshop, dia pun ajarlah cikgu ise tentang fhotoshop bukan dengan menyeluruh, dengan sedikit ilmu itu jadi cikgu ise pun praktikkan ajaran selama 5 minit, iaitu edit gambar, katanya untuk mengedit gambar yang cantik harus formatnya RAW bukan JPEG. Untuk mendapatkan gambar format RAW memerlukan kamera yang mahal yang mempunyai format RAW iaitu menghasilkan gambar yang mentah, sebagai contoh kamera jenis Nikon, canon, bukan kamera digital....jadi di sini cikgu ise menggunakan gambar yang berformat JPEG sahaja, jadi kesannya tidaklah ketara sangat. ini adalah kesan dari fhotoshop.


Salam semua

PMR sudah 1 hari berlalu, anak-anak muridku begitu tekun menjawab soalam PMR, walaupun subjek kertas Pen. seni visualku tiada dalam senarai PMR tetapi aku tetap mendoakan kejayaan pelajar2 ku, kelas 3Math, 3A, 3B, 3C, 3M, dan 3K untuk semua subjek . sekarang tiba pula untuk Exam akhir tahun utnuk tingkatan 4.....Semoga berjaya

Wednesday, September 30, 2009

Cikgu kembali ke blog setelah lama menyepi

Bukan menyepi, tetapi hamba tak dapat nak capai blog kerana di kampung tiada 3G untuk broadband. ramadhan telah pergi syawal telah lama menjelma dan kita semua umat islam telah merayai aidilfitri, masih terkiang-kiang di ingatan ini baraya di kampung, meriahnya kampung ku, terasa tidak mahu datang lagi ke sabah, hendak duduk jer kat kampung, nyamannya tapi apa kan daya, tanggungjawab dan amanah harus di utamakan dan kini hamba berada di sabah untuk terus menunaikan tanggungjawab untuk mendidik warga pelajar di sini..

Sunday, September 13, 2009

Assalamualaikum



Berada di perantauan berjauhan dengan keluarga terasa rindu sekali, dalam hati tak sabar2 nak jumpa ahli keluarga. Masih dalam ingatan masa kecil2 dulu tiba masa puasa aduh lemah semangat, mula belajar puasa darjah 2, itupun tak penuh, huhuhu, tapi masa darjah tiga, abah janji kalau puasa penuh dapat cincin dah aku berjaya, hahaha, buat pendorong berpuasa dan alhamdulilah dengan penangan begitu sampai sekarang dapat aku pertahankan puasa penuh ku kata abahku, kalau tak nak puasa tak payah jadi jate(lelaki), bila teringat masa raya, masa kecil2 dulu, huuhh, bestnya dapat duit raya, ma dan abah sibuk mencari duit lebih untuk membeli baju raya kepada kami adik beradik, tak lupa juga kepada mak dan pak saudara yang sama2 membantu, kami macam adik beradik walaupun title pakcik dan makcik, masa kecil2 raya adalah perkara yang paling best, bila kunjung rumah orang lain dapat duit senyum lebar sampai telinga, kalau tak dapat muncung jer, siap ngumpat, budak2 katakan hehehe. Bila dah keje ni baru tau, huhuhu, ini pengalaman pertama aku kerja kerajaan, bergelaran cikgu dan tahun pertama menyambut hari raya bertitlekan cikgu, maka giliran akulah pulak bagi duit raya, huhuhu, hidup ni macam roda. walau macam mana pun aku berharap dapat peluk dan cium tangan ma dan abah, mak dan ayah dan saudara2 yang lain kerana telah membesarkan aku. Ma Abah, abe sayang dan kasih akan Ma dan Abah, AMPUNkan dosa anakmu ini, dari anakmu dimasukan Nyawa hingga bernyawa sebesar ini.




Kepada warga SMK Bukit Garam, Guru2 dan Staf, cikgu Ise mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang mulia, maafkan segala dosa2 yang terjadi dan menjadi kerana lidah atau perbuatan ampun maaf cikgu ise pinta dari hujung kaki sampai hujung rambut. Buat warga Blog yang berkunjung ke blog cikgu ise, selamat hari raya cikgu Ise ucapkan.

Thursday, September 10, 2009

Sambungan dari isu seramik

Pembuatan atau Penghasilan Produk Seramik




Tanah liat yang telah di uli dan di bentuk keadaan bulat



Proses menaikkan tanah, bertujuan untuk membuang gelembung udara dalam tanah menggunakan Portal Wheel.





proses men'centre' tanah untuk membentuk




proses membuka tanah sebelum membentuk pasu/tembikar




proses membentuk pasu/tembikar



proses membakar tembikar kali pertama iaitu pembakaran biskut (bisque). Biasanya suhu pembakaran kali pertama ialah antara 900 ºc sehingga 1050 ºc. sebelum di bakar, tembikar dibiarkan kering dahulu




Tembikar yang telah siap dibakar kali pertama iaitu pembakaran biskut (bisque)


Glaze disukat mengikut kadaran ditetapkan





cobalt oxide di sukat






Galze dan cobalt oxide di bancuh sehingga sebati. Untuk yang pertama kali glaze dan cobalt oxide di bancuh menggunakan tangan untuk menghancurkan glaze yang berbiji-biji, seterusnya menggunakan mesin untuk sebatikan glaze dan cobalt oxede supaya lebih halus dan mulus





Tembikar dibersihkan, kalau boleh dibasuh dulu dengan air, di sini penulis membersih dengan menggunakan pam angin





Kaedah glazing, pelbagai cara di lakukan, kaedah sapu menggunakan berus, kaedah semburan, manakala disini penulis menggunakan kaedah celup


Selepas semua tembikar di celup dengan glaze, glaze yang berapa di permukaan tapak haruslah di buang dengan kain basah atau span basah bertujuan untuk mengindari dari ia melekat pada permukaan tanur atau dapur






selepas kesemua tadi selesai, semua tembikar di isi kedalam Tanur elektrik - bakar glost, untuk pembakaran glaze pada suhu 1150 ºc , sebelum pembakaran bedd wash disapu lpaster of paris sebelum pembakaran glost dibuat bagi mengelakkan glaze yang meleleh dari produk melekat pada bedd. Seterusnya kon dipasang. Kon yang digunakan adalah kon 5.






Produk dimasukkan dan masa diselaraskan iaitu 9 jam. Kemudiannya tanur ditutup dan suhu dinaikkan ke peringkat paling rendah iaitu LOW. Setiap satu jam selama 4 atau 5 jam suhu dinaikkan, sehingga jam yang terakhir suhu mencecah HIGH. Pembakaran dilakukan selama 9 jam. suhu pembakaran glaze haruslah dibakar pada suhu 1150 ºc dan ke atas







Sebahagian hasil produk penulis yang telah siap dibakar glost

Tuesday, September 8, 2009

Kraf tradisional dan dimensi baru(seramik)



PENGENALAN

Perkataan seramik diambil dari perkataan bahasa Inggeris ( ceramic ) berasal dari Yunani, dan secara harafiahnya merujuk kepada kepada semua bentuk tanah liat. Bagaimanapun, penggunaan istilah moden meluaskan penggunaannya untuk merangkumi bahan bukan logam bukan organik. Sehingga tahun 1950an, yang paling penting adalah tanah liat traditional, yang dijadikan barangan tembikar ( pottery ), batu bata, tile, dan seumpamanya, bersama dengan simen dan kaca. Kraf tradisional dijelaskan dalam rencana tembikar.
Secara sejarah, barangan seramik adalah keras, poros, dan mudah pecah. Kajian mengenai seramik sebahagian besarnya bertujuan untuk mengurangkan masalah tersebut, dan meningkatkan kekuatan bahan seramik.

Latar Belakang dan Sejarah
Seni seramik adalah hasil pertukangan awal yang dapat dikesan dalam tamadun manusia. Seramik dicipta bukan hanya untuk kegunaan harian malahan untuk tujuan kerohanian. Nilai kepenggunaan dan estetika bersatu dan akhirnya terciptalah seni seramik yang sehingga kini mengalami perubahan yang begitu ketara. Sejarah seni seramik bermula sejak 4000 tahun sebelum Masihi di Egypt atau Zaman Mesopotamia. Seni seramik ketika itu dibentuk berupa hippopotamus yang dikenali sebagai ’faience’ adalah karya seni seramik yang pertama. Ini sekaligus mencatatkan sejarah bahawa sejarah seni seramik bermula sejak manusia wujuk di muka bumi ini.
Seni seramik bersifat global. Pada awalnya seramik semata-mata berfungsi sebagai peralatan kegunaan harian seperti bekas menyimpan air, periuk masakan dan sebagainya. Namun gabungan fungsi, karektor dan dekorasi pada permukaan tembikar sebenarnya membawa penterjemahan ekpresi budaya, sosial dan tamadun sesuatu tempat.
Secara umumnya barangan seramik terhasil dari tanah liat semata-mata, terutama sekali barangan seramik di zaman primitif. Inovasi dalam penghasilan produk seramik dari masa ke semasa membawa kemajuan dalam pelbagai aspek bermula dari proses pembentukan, mewarnakan dan pembakaran. Pada peringkat ini dekorasi dan warna bukan sekadar penghias barangan tetapi berfungsi sebagai lapisan kalis air.


Contoh bahan seramik

Silikon nitride (Si3N4), yang digunakan sebagai serbuk pengkakis.
Boron karbide (B4C), yang digunakan dalam perisai helikopter dan kereta kebal.
Silikon karbide (SiC), yang digunakan sebagai ( succeptor ) dalam ketuhar mikrowave, bahan pengkakis biasa digunakan, dan sebagai bahan pembalikan.
Magnesium diboride (MgB2), yang merupakan superkonduktor luar biasa.
Zink oksida (ZnO), yang merupakan semikonduktor, dan digunakan dalam penghasilan ( varistor ).
Ferrite (Fe3O4), yang merupakan ferrimagnetism dan digunakan sebagai teras transformer elektrik dan ingatan teras magnetik ( magnetic core memory ).
Steatite digunakan sebagai penebat elektrik.
Batu bata (kebanyakannya adalah aluminum silikat ), digunakan dalam pembinaan.
Uranium oksida (UO2), digunakan dalam reaktor nuklear.
Yttrium barium kuprum oksida (YBa2Cu3O7-x), superkonduktor bersuhu tinggi.

Ciri-ciri seramik

Ciri-ciri mekanikal
Bahan seramik biasanya ( bahan ionic atau berkaca. Kedua-dua bahan ini hampir selalunya pecah sebelum sebarang kecacatan plastik ( plastic deformation ) berlaku, yang menyebabkan bahan ini kurang kukuh. Tambahan lagi, disebabkan bahan ini cenderung berciri poros, liang dan kecacatan mikroskopik bertindak sebagai penumpu tekanan, mengurangkan kekuatan, dan tensile strength. Kedua-dua ini memberikan kecenderungan kepada bahan seramik gagal keseluruhannya dan berkecai, berbanding dengan kegagalan perlahan-lahan bahan logam yang membengkok sebelum patah.

Bahan ini menunjukkan kecacatan plastik (boleh membengkok dan bukannya patah). Bagaimanapun, akibat struktur kaku bahan membentuk kristal ( crystalline ), terdapat hanya sedikit sistem gelinciran untuk pengkehelan berlaku, oleh itu ia berlaku secara perlahan-lahan. Dengan bahan tidak berkristal ( non-crystalline ) bahan ber(kaca), pengaliran kelikatan ( viscous ) merupakan sumber kecacatan plastik, dan juga amat perlahan. Ianya dengan itu diabaikan dalam kebanyakan appplikasi bahan seramik

Bahan seramik amat kukuh dibawah tekanan, dan mampu beroperasi pada suhu tinggi. Kekerasannya menjadikan ia sesuai sebagai bahan pengkakis, dan mata pemotong dalam perkakasan.

Ciri-ciri pembalikan
Sesetengah bahan seramik mampu menahan suhu amat tinggi tanpa kehilangan ketahanannya. Bahan ini dikenali sebagai bahan refraktori ( refractory material ). Ia biasanya mempunyai pengalir haba yang rendah, dan oleh itu digunakan sebagai penebat haba ( thermal insulators ). Sebagai contoh, bahagian perut pesawat ulang alik angkasa ( Space Shuttle ) diperbuat daripada tile seramik yang melindungi pesawat angkasa daripada suhu tinggi yang dihadapi ketika kemasukan semula ke atmospera bumi.

Keperluan paling penting untuk bahan refraktori adalah ia tidak akan lembik atau cair, dan ia kekal tidak aktif pada suhu yang diingini. Keperluan akhir berdasarkan pada kedua-dua pereputan diri dan reaksi dengan bahan campuran lain yang mungkin hadir, setiap satunya boleh membahayakan.

Keporosan menjadi lebih berkait dengan refraktori ( refractories ). Apabila keporosan dikurangkan, kekuatan, keupayaan daya ampu ( load-bearing ), dan rintangan persekitaran menurun apabila bahan menjadi semakin padat. Bagaimanapun, apabila kepadatan meningkatkan ketahanan kepada kejutan haba thermal (keretakan akibat pertukaran suhu mengejut) dan ciri-ciri penebatah dikurangkan. Banyak bahan digunakan dalam bentuk amat poros, dan ia bukannya satu perkara luar biasa untuk mendapati dua bahan digunakan: lapisan poros, dengan ciri-ciri penebat yang baik, dengan salutan nipis bahan lebih padat untuk membekalkan ketahanan.

Ianya adalah memeranjatkan bahawa bahan ini boleh digunakan pada suhu yang ia berada dalam keadaan separuh cair. Sebagai contoh, batu bata silika yang digunakan untuk melapis ketuhar menghasilkan besi digunakan pada suhu sehingga 1650°C (3000°F), di mana sebahagian batu bata akan cair. Mereka bentuk untuk situasi sebegitu tidak menghairankan jika ia memerlukan pengawalan yang agak terperinci mengenai semua sudut pembinaan dan kegunaan.


Ciri-ciri elektrik
Salah satu kemajuan dalam bidang bahan seramik adalah penggunaan hasil seramik dalam perkakasan elektrik, di mana ia menunjukkan pelbagai ciri-ciri berlainan yang menghairankan.


[sunting] Penebat dan tingkah laku dielekctrik ( dielectric )
Kebanyakan bahan seramik tidak mempunyai pembawa cas boleh gerak, dan oleh kerana itu tidak mengalirkan elektrik. Apabila digabungkan dengan ketahanannya, keadaan ini mendorong kepada penggunaannya dalam penghasilan kuasa dan transmisi ( transmission ).

Talian kuasa sering di sokong dari pylons oleh cakera porcelain, yang cukup penebat untuk menangani panahan kilat, dan mempunyai kekuatan mekanikal untuk memegang kabel.

Sub-kategori dari ciri-ciri penebatnya adalah dielectric. Dielectric yang bagus akan mengekalkan medan elektrik memaluinya, tanpa menyebabkan kehilangan kuasa. Ini adalah penting untuk penghasilan kapasitor. Dielectrics seramik digunakan dalam dua kawasan. Yang pertama adalah frekuensi tinggi kehilangan rendah dielectrics, digunakan dalam aplikasi seperti ketuhar gelombang ( microwave ) dan pemancar radio. Yang lain adalah bahan dengan konstant constants dielectric tinggi (ferroelectrik). Walaupun dielectrics seramik kurang elok berbanding pilihan lain untuk kebanyakan tujuan, ia memenuhi kedua bahagian dengan baiknya.


Ferroelektrik, piezoelektrik dan pyroelektrik
Bahan ferroelektrik adalah sesuatu yang boleh menghasilkan kepolaran ( polarization ) secara spontan tanpa medan elektrik. Bahan ini menunjukkan medan elektrik kekal, dan ini merupakan sumber konstant dielektrik yang amat tinggi ( extremely high dielectric constants ).

Bahan piezoelektrik adalah bahan dimana medan elektrik boleh ditukar atau dihasilkan dengan mengenakan tekanan kepada bahan tersebut. Ia digunakan dalam pelbagai kegunaan, khususnya sebagai transduker - menukar pergerakan kepada signal elektrik, atau sebaliknya. Ia digunakan dalam peranti seperti mikrophone, penjana ultrasound, dan pengukur tekanan ( strain gauges ).

Bahan pyroelektrik menghasilkan medan elektrik apabila dipanaskan. Sesetengah pyroelektrik seramik amat sensitif sehinggakan ia dapat mengesan perubahan suhu disebabkan seseorang memasuki bilik (sekitar 40 micro Kelvin). Malangnya, peranti sedemikian tidak tepat, jadi ia sering digunakan secara berkembar - satu tertutup, satu terbuka - dan hanya perbezaan antara keduanya digunakan.


Semikonduktor
Terdapat beberapa jenis seramik yang merupakan semikonduktor. Kebanyakan daripadanya adalah oksida besi peralihan ( transition metal oxides ) yang semikonduktor II-VI, seperti zinc oksida.

Walaupun terdapat perbincangan untuk menghasilkan LED biru dari zink oksida, pakar seramik lebih berminat dalam ciri-ciri elektrik yang menunjukkan kesan sempadan grain ( grain boundary effects ).

Peranti yang paling digunakan secara meluas adalah varistor. Peranti ini menunjukkan ciri-ciri luar biasa rintangan negetif. Apabila voltage melalui peranti ini mencapai tahap sempadan tertentu, terdapat kegagalan struktur elektrik dalam sekitar sempadan grain, yang menyebabkan rintangan elektriknya menurun daripada beberapa mega-ohm turun kepada beberapa ratus sahaja. Kebaikannya adalah ia dapat mengyingkirkan banyak tenaga, dan reset secara sendiri - selepas voltage melintasi peranti itu turun di bawah had, rintangannya kembali naik.

Ini menjadikan ia sesuai untuk applakasi pelindung-peningkatan ( surge-protection ). Kerana terdapat kawalan melebihi had voltage dan ketahanan kuasa, ia digunakan dalam pelbagai applakasi. Demonstrasi terbaik mengenai kebolehannya adalah di sub stesyen elektrik, dimana ia digunakan untuk melindungi infrastruktur daripada panahan kilat. Ia mempunyai tindakbalas pantas, penyelenggaraan mudah, dan tidak mudah rosak akibat penggunaan, menjadikan ia sebagai peranti terbaik untuk applikasi ini.

Seramik semikonduktor juga digunakan sebagai pengesan gas. Apabila pelbagai gas melalui seramik polikristal polycrystalline, rintangan elektriknya bertukar. Peranti yang murah dapat dihasilkan apabila ia diselaraskan kepada campuran gas yang berkenaan.


Superkonduktiviti
Di bawah sesetengah keadaan, seperti tahap suhu amat rendah, sesetengah seramik menunjukkan superkonduktiviti. Sebab sebenarnya tidaklah diketahui, tetapi terdapat dua keluarga utama seramik superkonduktiviti.

Tembaga oksida ( copper oxides ) rumit diwakili oleh tembaga oksida Yttrium barium Yttrium barium copper oxide, sering diringkaskan kepada YBCO, atau 123 (menurut ratio logam dalam formula stoichiometriknya [[YBa2Cu3O7-x]]). Ianya amat terkenal kerana ia mudah dihasilkan, penghasilannya tidak membabitkan logam merbahaya, dan ia mempunyai suhu tahap ( transition ) superkonduktiviti pada 90K (yang lebih tinggi dari suhu nitrogen cecair (77K)). x dalam formula ini merujuk kepada fakta bahawa stoichiometrik sepenuhnya YBCO bukannya superkonduktor, jadi ia mesti dalam keadaan kurang oksigen sedikit, dengan x biasanya sekitar 0.3.

Keluarga utama lain bagi seramik superkonduktiviti adalah magnesium diboride. Pada masa ini ia terletak dalam keluarga tersendiri. Ciri-cirinya tidaklah mengkagumkan sangat, tetapi secara kimia amat berlainan dengan superkonduktor yang lain dari segi ia bukannya tembaga oksida rumit ataupun logam. Disebabkan perbezaan ini, diharapkan kajian mengenai bahan ini kan memberikan kesedaran asas kepada phenomena superkonduktiviti.

Memproses bahan seramik
Seramik bukan-berkristal ( Non-crystalline ), asal kaca, cenderung terbentuk dari cecair. Kaca dibentuk ketika cair sepenuhnya, melalui acuan, atau ketika dalam bentuk lembik, melalui cara meniup ke dalam acuan.

Bahan seramik berkristal tidak sesuai untuk bentuk pemprosesan yang luas. Kaedah untuk mengendalikan mereka biasanya terbahagi kepada dua - samaada menjadikan seramik dalam bentuk yang dikehendaki, melalui reaksi ketika itu ( in situ ), atau dengan membentuk serbuk dalam bentuk diingini, dan kemudian ( sintering ) untuk membentuk pepejal. Beberapa kaedah pula menggunakan pendekatan gabungan antara kedua kaedah pembuatan di situ. ( In situ ) Kegunaan utama kaedah ini adalah penghasilan simen dan konkrik ( concrete ). Di sini, serbuk kering dicampur dengan air, dan memulakan reaksi hydrasi, yang menghasilkan kristal saling berpaut panjang sekeliling aggregates. Lama-kelamaan, ini akan menghasilkan seramik pejal.

Masalah utama dengan kaedah ini adalah kebanyakan reaksi terlalu pantas untuk pengaulan yang baik, yang menghalang pembinaan besar-besaran. Bagaimanapun, sistem berskala kecil boleh dilakukan dengan teknik deposit ( deposition techniques ), di mana pelbagai bahan diletakkan di atas bahan asas ( substrate ), dan bertindakbalas dan membentuk seramik atas bahan asas ( substrate ). Teknik yang dipinjam dari industri semikonduktor, seperti chemical vapour deposition, dan amat berguna untuk lapisan.
Kaedah ini cenderung untuk menghasilkan seramik yang pejal tetapi agak lambat.

Kaedah berasaskan pembakaran sintering
Prinsip kaedah berasaskan pembakaran ( sintering ) adalah mudah. Apabila objek yang dibentuk secara kasar (dikenali sebagai "bentuk hijau - green body"), ia dibakar di dalam relau, di mana proses penyepaduan diffusion menyebabkan bentuk hijau mengecut, dan menutup liang padanya, menghasilkan bahan yang lebih kukuh dan padu. Pembakaran ini dilakukan pada suhu rendah dari tahap cair seramik. Keporosan akan hampir sentiasa tinggal, tetapi kelebihan kaedah ini adalah badan hijau boleh dibentuk dalam sebarang bentuk yang diingini, dan masih boleh di bakar. Ini menjadikan kaedah ini kaedah paling mudah.

Terdapat beribu cara penghalusan dalam proses ini. Sebahagian yang biasa termasuk menekan badan hijau untuk memberikan penyepaduan densification permulaan awal dan mengurangkan masa pembakaran yang diperlukan. Kadangkala pelekat organik ditambah bagi mengekalkan bentuk badan hijau, yang akan hilang terbakar ketika pembakaran. Kadang kala pelicin organik ditambah ketika pemampatan untuk meningkatkan lagi penyepaduan. Bukanlah sesuatu yang luarbiasa bagi menggabungkan kesemua tersebut, dan menambah pengikat dan pelicin kepada serbuk dan dimampatkan sebelum dibakar.

Adunan juga boleh digunakan bagi menggantikan serbuk, sebelum dibentuk dengan acuan kepada bentuk yang diingini, dikeringkan dan dibakar. Malah, barangan tembikar traditional dihasilkan melalui kaedah ini, menggunakan adunan yang dibentuk dengan menggunakan tangan.

Jika campuran pelbagai bahan digunakan bersama sebagai seramik, kadang kala suhu pembakaran melebihi tahap cair salah satu bahan campuran * pembakaran fasa cair. Ini menghasilkan tempoh pembakaran yang lebih pendek berbanding pembakaran bentuk pejal.


Beberapa applikasi seramik
Beberapa abad dahulu, penyelidikan di syarikat Toyota telah menghasilkan enjin seramik yang mampu bergerak pada suhu sehingga 6000°F (3300°C). Enjin seramik tidak memerlukan sistem penyejukan dan dengan itu membenarkan penyingkiran sistem penyejukan, pengurang berat yang utama, dan penjimatan minyak yang lebih baik. Keberkesanan bahanapi ( Fuel efficiency ) enjik juga meningkat pada suhu lebih tinggi. Dalam enjin logam biasa, kebanyakan tenaga yang dibebaskan dari bahan api mesti dibebaskan sebagai haba buangan agar bahagian logam dalam enjin tidak cair.
Walaupun dengan kelebihan ini, enjin sebegitu tidak dihasilkan kerana penghasilan bahagian enjin seramik amat sukar. Kecacatan pada seramik akan mengakibatkan keretakan enjin. Enjin sebegitu hanya dapat dihasilkan dalam makmal penyelidikan, tetapi kesukaran untuk penghasilan secara besar-besaran menghalang enjin seramik daripada menjadi barangan pengilangan yang terjamin mutu pengeluarannya
contoh seramik


Teknik Membentuk Seramik


Teknik Putaran
Teknik putaran lebih dikenali dalam bahasa inggeris sebagai wheel atau throwing. Teknik ini memerlukan kemahiran menggunakan mesin pemutar. Terdapat dua jenis mesin pemutar iaitu jenis biasa yang memerlukan tenaga mengayuh dan mesin pemutar elektrik. Kemahiran menggunakan mesin pemutar diperolehi setelah melakukan latiahan yang banyak. Ketika menggunakan mesin pemutar, alatan yang diperlukan ialah bekas air, span, span berkayu, dawai pemotong, pengguris, kayu rib, angkup, pembaris dan spatula (jika perlu). Terdapat beberapa peringkat dalam teknik putaran iaitu centering, membuat lubang, membentuk dan memindahkan produk yang siap dibentuk.


Teknik Gabungan Picit-Throwing
Teknik ini menggabungkan penggunaan kaedah picitan dan juga kaedah mesin throwing. Penggunaan kaedah ini biasanya untuk menghasilkan produk yang bersaiz besar. Teknik picit throwing dilakukan dengan membentuk tanah liat menjadi coiling dan kemudiannya diletakkan di atas mesin putaran. Sebelum diletakkan diatas mesin putaran, papan yang dipotong bulat digunakan sebagai alas. Tanah liat berbentuk coiling kemudiannya dilekatkan di atas kayu pada mesin putaran. Mesin putaran diputar secara perlahan-lahan sambil memicit coiling. Bahagian atas coiling kemudiannya dipotong dan disambung lagi dan proses yang sama diulangi sehingga membentuk bahagian tapak produk. Setelah itu barulah tapak dilekatkan dan dibiarkan kering. Produk kemudannya dialihkan dan coiling kemudiannya disambung di bahagian badan ke atas sehingga mendapat bentuk yang dikehendaki. Oleh kerana teknik ini menggunakan kedua-dua teknik iaitu picit dan throwing, maka ia digelar teknik picit-throwing.

bersambung yer......nak masuk kelas

Wednesday, September 2, 2009

kraft tradisional dan dimensi baru (tembikar)




SEJARAH SENI TEMBIKAR

Sejarah seni tembikar ini bermula sejak beribu tahun dahulu. Ia telah terbukti dengan penemuan barangan tembikar seperti di Gua Cha, Kelantan; Bukit Tengku Lembu, Perlis; Ulu Tembeling, Pahang; Bukit Tamabun, Perak dan Guah Niah, Sarawak. Pada zaman dahulu, ragam hias pada permukaan serpihan tembikar berbentuk sederhana yang dibuat secara spontan dan dibakar pada sebarang suhu.
Tembikar-tembikar neolitik yang dijumpai di Mesir, Cyprus dan Crete merupakan contoh-contoh yang menarik dari segi ragam hias. Pada zaman tersebut teknik sepuh dan guris telah berkembang. Selain itu tembikar bukan sahaja dihasilkan dengan bahan tanah liat basah tetapi juga dicampuri dengan pasir, serbuk batu dan arang. Tanah liat asli diambil dari dalam bumi dan sungai. Ia terdiri daripada ‘kulit dan tanah liat endapan’.

Di Perak, terdapat empat tempat yang berasingan di mana sebahagian penduduknya melakukan perusahaan tembikar secara kecil iaitu di Lenggong, Krian, utara Perak : di Sayong, Kuala Kangsar, Perak Tengah dan di Pulau Tiga sebelah selatannya. Usaha untuk menghidupkan kraf tangan tembikar ini telah dijalankan oleh PKKM di Enggor, berhampiran dengan Jambatan Iskandar.

Kegunaan tembikar pada zaman dahulu digunakan sebagai kegunaan harian dan secara keseluruhannya berbentuk periuk, belanga dan kukusan merupakan yang paling awal dicipta. Manakala, di Sarawak dan Sabah pula tembikar digunakan untuk upacara pengebumian. Dari segi bentuknya pula tidak jauh berbeza, persamaan dari segi susunan motif, ketebalan dan dibuat melalui teknik pembakaran pada suhu rendah dengan permukaan yang berwarna coklat, hitam dan kelabu gelap. Walau bagaimanapun tembikar
berbeza kerana ia dihasilkan mengikut teknik-teknik tersendiri serta dipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si pembuat.


LABU SAYONG.


PENGENALAN

Kegiatan perusahaan seni tembikar tradisional di Semenanjung Malaysia telah mula dikenali sejak zaman berzaman dan kini masih hidup perusahaannya di Semenanjung Malaysia. Tembikar merupakan lambang keindahan warisan kesenian yang lahir dari ketajaman ilham manusia. Perusahaan ini kebanyakan di usahakan oleh kaum wanita. Seni tembikar merupakan hasil seni kraf tangan yang diperbuat dari tanah liat yang diuli, diterap dengan pelbagai corak, diserap serta dibakar untuk menghasilkan rupa bentuk yang unik dan berseni.

Tembikar yang terdapat di Sayong, daerah Kuala Kangsar, Perak yang dikenali sebagai Labu Sayong berwarna hitam. Mengikut sejarah Labu Sayong ini, apabila wujudnya buah labu tua yang dikeluarkan isinya dan dibersihkan sebelum dijadikan bekas untuk menyimpan air. Labu hitam ini pada zaman dahulu adalah tempat untuk menyimpan air minuman. Keistimewaan labu hitam ini ialah airnya yang sejuk dan dipercayai boleh menawarkan beberapa jenis penyakit seperti batuk, demam panas. Ia juga digunakan sebagai bekas air sewaktu menziarahi tanah perkuburan.

Bentuk Labu Sayong menekankan sifat semula jadi iaitu tanah liat serta teknik penggunaan tangan. Rekaannya pula menggunakan motif alam sekitar seperti motif bunga padi, pucuk rebung, bunga cengkih dan juga geometri yang harmoni. Oleh yang demikian, Labu Sayong tetap dikagumi dan diminati kerana bukan sahaja penggunaannya semata-mata tetapi keindahannya yang berasaskan nilai estetika barangan tembikar itu.

FUNGSI LABU SAYONG

Labu sayong ini digunakan sebagai bekas minuman, bekas menyimpan air minuman di majlis kenduri, pasu bunga, periuk, perhiasan dan sebagainya. Selain itu ia juga digunakan sebagai hiasan yang direka khas atau sebagai cenderamata. Selain itu di Sarawak, kaum etnik menggunakan tembikar sebagai bekas mengisi corak yang dimagangkan serta sebagai alat pengebumian bagi sesetengah suku kaum di Sabah dan Sarawak.


JENIS LABU SAYONG

Labu Gelugur
Labu yang badanya seperti buah gelugur.

Labu Gombol.
Labu yang berbadan bulat, berleher panjang dan bergombol serta bermulut kecil. Ia juga dikenali sebagai labu air atau labu awak.

Labu Tela
Labu yang badanya berbentuk labu ketala, berleher tirus ke atas dan bermulut agak luas. Ia juga dikenali sebagai labu ketala.

Labu Panai
Labu yang berbadan bulat dan sering bermotif garis timbul selari yang tempelkan pada bandannya.

Labu Lepap
Labu yang berbadan bulat dan licin, ada kalanya bercorak garis gores yang melintang, seorang dan panjang, berleher, gombol, bermulut berbesar, dan bertapak rata. Labu lepap juga dikenali sebagai labu lepan.

Labu Tanah
Tembikar pada dasarnya berbentuk buah labu air atau labu manis. Ia juga dikenali sebagai labu asli atau labu kaki.

Labu Leper.
Labu yang berbadan leper, berleher panjang dan berbadan bergombol, biasanya dihias dengan motif tumbuhan atau geometri. Ia juga dikenali juga sebagai labu bocong.

Labu Besar
Labu yang berbadan besar dan licin serta bulat, berleher panjang, bermulut sebesar lehernya, berkaki dan bertapak lebar seimbang dengan badannya yang besar.

Labu Pucung.
Labu yang berbadan bulat berbentuk seperti buah pucung, buah kepayang atau buah payung, berleher lurus dan bertapak rata. Ia juga dikenali sebagai labu kepayang.

Labu Belalai GajahLabu yang mengambil bentuk muncungnya belalai gajah


BENTUK LABU SAYONG


Terdapat beberapa bahagian yang terdapat pada labu seperti bahagian atas terdiri daripada penutup, bibir, mulut, muncung, motif hiasan dan kepala. Manakala bahagian tengahnya pula terdiri daripada leher. Bahagian bawahnya pula terdapat motif hiasan, bahagian badan, hiasan panai dan tapak atau kaki

Proses menyediakan tanah liat :


Ø Tanah liat dijemur untuk dikeringkan.

Ø Kemudian tanah liat ditumbuk untuk dijadikan tepung dengan menggunakan lesung kaki lalu di ayak.

Ø Tanah liat diperam dalam pasu berair selama tiga hari sehingga tanah mendap ke dasar pasu

Ø Air dibuang dan mendapan tanah liat dan lembut dibiarkan pada permukaan kepingan plaster Paris selama beberapa hari.

Ø Tanah liat diuli sehingga menjadi doh yang lembut dan liat

Ø Kemudian disimpan di dalam bekas yang bertutup untuk kegunaan kelak.


JENIS MOTIF


Motif hiasan labu sayong
1.Labu dihias sewaktu permukaannya masih dalam keadaan lembut.

2.Kebiasaannya motif yang diukir pada labu bermotifkan alam sekeliling atau motif geometri.

3.motif yang dihias pada labu tidak keterlaluan malah hiasan mudah seperti lengkungan (gelung puyuh), jaluran cengkung (gelugur) atau garis timbul (panai).

4.permukaan labu dihias dengan cara tekanan (hiasan tekap) atau turisan. Terdapat juga ragam hias yang dibuat dengan cara menakik (hiasan takik), mengkelar (hiasan kelar) atau mengguris (hiasan guris).



bersambung.................................seramik pula

Monday, August 31, 2009

Makna Seni Visual

Apa itu seni, sedangkan kita membicarakan seni, seni catan, seni itu, seni ini tetapi kita tdak mengetahui apa itu seni, bagi pendapat saya seni itu adalah indah dan ialah warisan dari sesuatu bangsa atau individu yang diperturunkan. Walau bagaimana pun di sini saya memperjelaskan mengikut pendapat-pendapat yang kukuh.

Seni menurut acuan Islam iaitu kesenian berkembang seiring dengan perkembangan tamadun islam. Seni menurut islam adalah keindhan sama ada keindahan yang lahir atau keindahan yang batin yang berasaskan kepada prinsip tawhid ini bersesuaian dengan hadis Rasulullah iaitu " ALLAH ITU INDAH, IA SUKA AKAN KEINDAHAN"

( Ø¥ِÙ†َّ اللّٰÙ‡َ جَÙ…ِÙŠْÙ„۠ ÙŠُØ­ِبُّ الْجَÙ…َالَ ) Yang bermaksud : " Seungguhnya Allah Maha Indah dan Ia cintakan Keindahan."


Konsep Seni Menurut Perspektif Islam

Seni Islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan Islam dan perbezaan antara seni Islam dengan bukan Islam ialah dari segi niat atau tujuan dan nilai akhlak yang terkandung dalam hasil seni Islam. Pencapaian yang dibuat oleh seni Islam itu juga merupakan sumbangan daripada tamadun Islam di mana tujuan seni Islam ini adalah kerana Allah swt. Walaupun seni merupakan salah satu unsur yang disumbangkan tetapi Allah melarang penciptaan seni yang melampaui batas. Firman Allah swt yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas."

Keindahan merupakan salah satu ciri keesaan, kebesaran dan kesempurnaan Allah swt lantas segala yang diciptakanNya juga merupakan pancaran keindahanNya. Manusia dijadikan sebagai makhluk yang paling indah dan paling sempurna. Bumi yang merupakan tempat manusia itu ditempatkan juga dihiasi dengan segala keindahan. Allah swt bukan sekadar menjadikan manusia sebagai makhluk yang terindah tetapi juga mempunyai naluri yang cintakan keindahan. Di sinilah letaknya keistimewaan manusia yang tidak dimiliki oleh makhluk lain sama ada malaikat, jin dan haiwan. Konsep kesenian dan kebudayaan dalam Islam berbeza dengan peradaban Islam yang lain.

Dalam pembangunan seni, kerangka dasarnya mestilah menyeluruh dan meliputi aspek-aspek akhlak, iman, matlamat keagamaan dan falsafah kehidupan manusia. Seni mestilah merupakan satu proses pendidikan yang bersifat positif mengikut kaca mata Islam, menggerakkan semangat, memimpin batin dan membangunkan akhlak. Ertinya seni mestilah bersifat "Al-Amar bil Ma'ruf dan An-Nahy 'an Munkar" (menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran) serta membangunkan akhlak masyarakat, bukan membawa kemungkaran dan juga bukan sebagai perosak akhlak ummah. Semua aktiviti kesenian manusia mesti ditundukkan kepada tujuan terakhir (keredhaan Allah dan ketaqwaan). Semua nilai mestilah ditundukkan dalam hubunganNya serta kesanggupan berserah diri. Seni juga seharusnya menjadi alat untuk meningkatkan ketaqwaan.

Prinsip-prinsip (ciri-ciri) Kesenian Islam

1. Mengangkat martabat insan dengan tidak meninggalkan nilai-nilai kemanusiaan dan nilai-nilai persekitaran dan sejagat. Alam sekitar galerinya, manakala manusia menjadi seniman yang menggarap segala unsur kesenian untuk tunduk serta patuh kepada keredhaan Allah swt.

2. Mementingkan persoalan akhlak dan kebenaran yang menyentuh aspek-aspek estetika, kemanusiaan, moral dan lain-lain lagi.

3. Kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang tergantung kepada keseluruhan kesahihan Islam itu sendiri. Menurut Islam, kesenian yang mempunyai nilai tertinggi ialah yang mendorong ke arah ketaqwaan, kema'rufan, kesahihan dan budi yang mantap.

4. Kesenian Islam terpancar daripada wahyu Allah, sama seperti undang-undang Allah dan SyariatNya. Maknanya ia harus berada di bawah lingkungan dan peraturan wahyu. Ini yang membezakan kesenian Islam dengan kesenian bukan Islam.

5. Kesenian Islam menghubungkan manusia dengan tuhan, alam sekitar dan sesama manusia dan juga makhluk.

Islam tidak pernah menolak kesenian selagi dan selama mana kesenian itu bersifat seni untuk masyarakat dan bukannya seni untuk seni. Terdapat lima hukum dalam seni jika diperincikan. Antaranya:

(a) Wajib : Jika kesenian itu amat diperlukan oleh muslim yang mana tanpanya individu tersebut boleh jatuh mudarat seperti keperluan manusia untuk membina dan mencantikkan reka bentuk binaan masjid serta seni taman (landskap) bagi maksud menarik orang ramai untuk mengunjungi rumah Allah swt tersebut.

(b) Sunat : Jika kesenian itu diperlukan untuk membantu atau menaikkan semangat penyatuan umat Islam seperti dalam nasyid, qasidah dan selawat kepada Rasulullah saw yang diucapkan beramai-ramai dalam sambutan Maulidur Rasul atau seni lagu (tarannum) al-Quran.

(c) Makruh : Jika kesenian itu membawa unsur yang sia-sia (lagha) seperti karya seni yang tidak diperlukan oleh manusia.

(d) Haram : Jika kesenian itu berbentuk hiburan yang :
Melekakan manusia sehingga mengabaikan kewajipan-kewajipan yang berupa tanggungjawab asas terhadap Allah swt khasnya seperti ibadah dalam fardhu ain dan kifayah.
Memberi khayalan kepada manusia sehingga tidak dapat membezakan antara yang hak (betul) dan yang batil (salah).

Dicampuri dengan benda-benda haram seperti arak, judi, dadah dan pelbagai kemaksiatan yang lain.

Ada percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram seperti pergaulan bebas tanpa batas dalam bentuk bersuka-suka yang melampau.
Objek atau arca dalam bentuk ukiran yang menyerupai patung sama ada dibuat daripada kayu, batu dan lain-lain.

Disertai dengan peralatan muzik yang diharamkan oleh Islam seperti alat-alat tiupan, bertali, tabuhan yang bertutup di bahagian atas dan bawah serta alat-alat muzik dari tekanan jari. Sesetengah ulama mengatakan harus hukumnya jika digunakan untuk pendidikan dan tidak menarik kepada konsep al-Malahi (hiburan yang keterlaluan) juga alat-alat muzik di atas boleh digunakan untuk tujuan dakwah Islamiyyah, seperti yang pernah dibuat oleh Rabiatul Adawiyyah.

Seni yang merosakkan akhlak dan memudaratkan individu atau yang berbentuk tidak bermoral seperti tarian terkini (kontemporari).
Jenis-jenis seni yang dipertontonkan bagi maksud atau niat yang menunjuk-nunjuk dan kesombongan.

(e) Harus : Apa saja bentuk seni yang tidak ada nas yang mengharamkannya.

Matlamat Kesenian

Dalam Islam, seni tidaklah bermatlamatkan hiburan, tujuan keduaniaan ataupun keseronokan. Islam telah menggariskan kesenian sesuai mengikut naluri dan fitrah semulajadi manusia. Sewajarnyalah juga manusia mengemudi seni mengikut fitrah manusia yang sedia ada berbekalkan sempadan syariah demi kesejahteraan jiwa dan dunia manusia. Bahkan sekiranya betul pembawaan seni itu, ia dikira ibadah pula. Alangkah ruginya manusia Muslim yang tidak tahu bagaimama untuk membawa kecenderungan makhluk sejenisnya ke arah ketaqwaan kepada Allah swt. Seni Islam dibentuk untuk melahirkan seseorang yang benar-benar baik dan beradab.

Konsep seni Islam dan pembawaannya haruslah menjurus ke arah konsep tauhid dan pengabdian kepada Allah swt. Motif berseni haruslah bermatlamatkan perkara-perkara ma'ruf (kebaikan), halal dan berakhlak. Jiwa seni mestilah ditundukkan kepada fitrah asal kejadian manusia kerana kebebasan jiwa dalam membentuk seni adalah menurut kesucian fitrahnya yang dikurniakan Allah swt. Fungsi seni tidak kurang sama dengan akal supaya manusia menyedari perkaitan antara alam, ketuhanan dan rohani atau dengan alam fizikal. Lantas ia menyedari keagungan Tuhan dan keunikan penciptaanNya.

Seni dalam Islam menanam rasa khusyu' ke pada Allah di samping memberi ketenangan di jiwa manusia sebagai makhluk Allah yang diciptakan dengan fitrah yang gemar kepada kesenian dan keindahan. Oleh sebab itu seni dalam Islam tidak berslogan 'seni untuk seni' tetapi 'seni kerana Allah untuk manusia, makhluk dan alam sekitar'. Kesenian Islam terpancar daripada tauhid yang merupakan satu penerimaan dan penyaksian terhadap keesaan Allah swt maka seni yang berpaksikan tauhid dapat menanamkan sifat bertaqwa dan beriman. Seni juga dapat meningkatkan daya intelek dan bukan sahaja emosi.

Menurut pandangan orang barat iaitu Herbert Read mengatakan seni adalah rupa bentuk yang menimbulkan kecerian, keseronokan dan kesenangan estetik, ha!! apa pula itu kesenangan ESTETIK? kesengan estetik adalah kesenangan dan keceriaan kepada pihak yang menerima mesej dan pihak menyampaikan mesej akan saling menyempurna mesej-mesej yang akan disampaikan, seni adalah satu bentuk komunikasi yang berkesan. Nak yang lebih detail ambil disini
http://khazalii.googlepages.com

Menurut pandangan tokoh barat Frank Cizek pula seni adalah penyataan diri (ekspresif), setiap individu(kanak2) dilahirkan dengan potensi seni iaitu semasa kecilnya, kanak-kanak suka membuat ekspresif dengan menconteng, keadaan contengan ini berbeza dengan setiap perasaan itu dengan persekitaran yang membentuk perkembangan seni indivu tersebut

Diharap semua pembaca berpuas hati dengan kenyataan ini..Wasallam

Merdeka!! merdeka!! merdeka!!!!!!


Selamat menyambut hari kemerdekaan Negara Malaysia ke-52 kepada semua 1 Malaysia, rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan, semoga kita merdeka bukan sahaja merdeka dari segi penjajahan tetapi merdeka dari segi pemikiran kita bebas dari taklukan pemikiran penjajah. Masa telah berubah, negara semakin maju, banyak taktik penjajah untuk menjajah kita, mereka menggunakan pendekatan minda iaitu menjajah melalui pemikiran yang berfikir lebih dari logik, untuk kita semua bagi orang ISLAM janganlah terpengaruh dengan 'ORANG LUAR', telah ramai orang kita terpesong dengan kata2 dari 'ORANG LUAR' ini. kita ada panduan yang sebenar, bacalah dan fahamilah serta wajib mengkaji dengan cara yang betul kitab AL-QURAN yang di amanahkan kepada muslim. Sambutlah hari kemerdekaan dengan penuh rasa kesyukuran dengan DOA, ZIKIR, SOLAT SUNAT KESYUKURAN kepada Allah dan jangan lupa sedekahkan AL- FATIHAH kepada pejuang2 melayu kita yang berjuang untuk kemerdekaan tanah air kita antaranya, Leftenan Adnan, Tok Janggut, Mat Kilau, Datok Bahaman, Ngah Ibrahim, Datok Maharalela, Abdullah Rahman Limbong, Tok Gajah, Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Pahlawan Bukit Kepong dan semua wira2 melayu tanpa mereka semua kita tak dapat menikmati erti kemerdekaan ......JANGAN KITA DI JAJAH MELALUI PEMIKIRAN. Merdeka!!!!!


Terimalah lagu tema hari kmerdekaan malaysia yang ke 52


Satu Malaysia.

Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan.

Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersamaKejayaan,
Kita bangunkan Satu Malaysia.

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia.

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia.

Satu Malaysia untuk semua

Sunday, August 30, 2009

Assalamualaikum kepada semua muslim




Dalam tak sedar sudah sembilan hari kita semua berpuasa di bulan Ramadhan penuh keberkatan. walaupun dah ama kita berpuasa tetepi tetap di hati ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada kawan2, warga SMK Bukit Garam dalam muslim dan muslimat sekalian. selama Umur 25 tahun, inilah kali pertama berpuasa jauh dari keluarga walau bagaimana pun saya bersyukur kerana walaupun jauh dari keluarga tetapi ada kawan2, walaupun keluarga berada jauh, kawan2 tetap bersama2 dalam senang, duka, tetap bersama. Masdarwis housemate ku, ku ucapkan terima kasih atas nasihat, teguran dan pelbagai lagilah, itu semua untuk kebaikan bersama. selama sembilan hari ini, kami berbuka bersama walaupun ala kadar, tetapi kenyangnya dapat rasa sampai sahur, nikmatnya rahmatNYA.

Saturday, August 22, 2009

Cat Air

Pengenalan

Cat air adalah satu tradisi lama dan juga adalah asas medium dalam mengambar suasana dengan kebolehan yang ada pada individu pelukis itu. Kebolehan itu asasnya berkebolehan dalam membuat tone dan warna. Cat air adalah menghasilkan gambaran dengan pelbagai teknik dengan menggunakan bahan warna dan pewarna seperti cat yang memerlukan pelarut daripada air atau minyak untuk mencairkan atau memudahkan pergerakan sapuan. Orang yang berkemahiran tinggi dalam menghasilkan catan boleh menghasilkan bentuk yang lut sinar sebagai contoh angin yang bertiup. Kebiasaannya catan yang dihasilkan dibuat menggunakan bahan pewarna yang di sapu ke atas permukaan yang rata sama ada dalam bentuk nyata atau abstrak dan ini pengaruh yang ada dalam pemikiran atau pun rekaan tertentu.
Setiap tahun cat air datang dengan lukisan yang lut sinar tanpa dengan menggunakan warna putih tetapi ia adalah permulaan daripada kaedah adalah mengambil kira penggunaan warna yang tersusun, dan mereka juga tidak boleh memperjelaskan diantara kawasan garisan dengan cat air kadang- kala kita juga perlu memperggunakan warna putih dan gouache bila warna putih memainkan peranan major atau penting. Campuran warna putih dengan kuatiti yang berbeza akan memungkinkan perubahan warna akan memunculkan warna yang baru dalan cat air, begitu juga dengan campuran warna- warna asas akan menghasilkan pelbagai warna.
Tidak semua cat air mempunyai mempunyai bahan warna warna yang penuh dengan bahan yang lut sinar dan kebanyakkan kandungan cat air adalah campuran daripada warna putih, tetapi secara amnya, kebolehan bahan itu adalah nipis apabila dicairkan dan ini kan memberikan kesan yang lut sinar. Dalam catan cat air, penggunaan kesan cahaya dalam lukisan adalah utama begitu juga dengan bayang iaitu tempat yang mana memerlukan kesan yang gelap dalam karya itu, dengan mengguna warna yang nipis yang di sapu keatas kertas ia akan memberi tindak balas seolah- olah terdapat kesan cahaya dalam lukisan itu seperti kita melukis jendela cermin yang ditembusi oleh cahaya.
Pada asasnya cat air mempunyai warna yang tetap yang telah ditetapkan, dan ia mempunyai warna- warna yang kita inginkan tetapi pelukis yang begitu baik tidak akan menggunakan yang diberikan tetapi mereka akan mencampurkan warna- warna yang ada untuk membentuk warna yang pelbagai. Bila cat air mula di sapu pada permukaan kertas dan membentuk garisan sama tebal atau nipis warna ini dan ia akan memberi kesan gelap dan cerah dan ini kita panggil sebagai cahaya dan bayang.
Kualiti yang baik dalam lukisan terpulang kepada pelukis dan ia juga bergantung kepada teknik yang digunakan dalam lukisan yang dibuat dan penggunaan cahaya dan bayang yang di buat. Cat air banyak juga memerlukan tahap dan teknik atau kaedah yang tinggi barulah ia akan berjaya dan inilah di panggil sebagai lut sinar yang membolehkan anda melukis semua benda dalam lukisan cat air ini walaupun terdapat benda yang sukar yang hendak dibuat dan ia memerlukan latihan yang berterusan walaupun terdapat pembetulan dalam cat air.

Sejarah catan

Sejarah awal catan mula dikesan sejak 15,000 hingga 20,000 tahun dahulu yang dirakamkan pada dinding- dinding gua. Gambar Bison, kuda dan rusa masih dikekelkan di gua yang terdapat di Sepanyol dan Selatan Perancis. Medianya terdiri daripada pelbagai tanah yang diserbuk dan dicampurkan dengan lemak binatang, putih telur atau jus tanaman. Kebanyakkan warna yang dihasilkan adalah terang dan kontra.
Sejarah catan bermula pada Zaman Yunani Purba, pada zaman itu kebanyakkan pelukis menjalan aktiviti catan mereka berkaitan dengan keagamaan. Pada masa itu mereka menggunakan media ialah mozek dan fresco. Kemuncak seni catan adalah pada zaman Renaissance yang berlaku di Eropah, ramai pelukis pada masa itu menggunakan media seperti cat air, cat minyak, fresco dan tempera. Sebelum Perang Dunia Ke-2 khasnya di barat yang menunjukkan jangka waktu yang panjang dan lama dulu. Dalam jangka masa yang panjang ini terdapat banyak gaya dan pendekatan yang di hasilkan terutama melalui aliran, gerakan serta zaman yang di lalui dan yang diamalkan oleh golongan yang tertentu. Hasil karya yang dibuat berdasarkan teknik-teknik lukisan yang di pelajari daripada aliran- aliran yang terdapat dalam zaman itu.
Catan yang dihasilkan mengikut aliran-aliran yang tertentu yang mengikut zaman yang tempuhi serta olahan teknik yang dihasilkan oleh pelukis dari zaman yang tertentu mengikut arus perubahan yang berlaku dalam seni catan itu tersendiri. Antara aliran- alirannya ialah yang pertama ia berlaku ialah catan prasejarah dan catan purba, zaman pertengahan, zaman renaissance, Boroque, Recoco, Neo-klasikal, Romantik, Non-Romantik, Impressionis, Gerakan Post-Impresionis, Kuibis, Ekspressionis, Pos-Ekspressionis, Futuris, Dadais dan Surealis.
Antara pelukis yang terkenal ialah Leonardo da Vinci, Paul Cezanne, Van Gogh, Pablo Picasso, Salvado Dali, Jackson Pollock dan yang lain- lain lagi dan media yang paling digemari ialah cat air dan minyak serta tempera. Perubahan yang penting turut berlaku di Eropah contohnya di England pada akhir abad ke -18, warna air menjadi media pilihan kepada ramai peukis. Pada asalnya cat air dilihat sebagai lukisan yang berwarna sehingga M.W Turner (1775-1851) seorang pelukis dari British School of Watercolour yang telah membuktikan bahawa air ammpu berfungsi sebagai cat minyak. Beliau sangat terkenal dengan lukisan pemandangan, dan merupakan peneraju dalam gerakan merevolusikan lukisan warna air dengan membuat kajian dengan pelbagai teknik seperti mencipta tektur menggunakan bahan terbuang dan lakaran.
Pada akhir abad ke- 19, peningkatan penggunaan warna air di US mula berkembang dan menandingi pelukis Eropah dengan menghasilkan pelbagai teknik cat pada tempoh tersebut. Pelukis warna air Amerika seperti John Singer Sergeant ( 1856-1926) menghasilkan banyak karya ternama pada abad itu. Setiap pengkarya yang meembuat pertunjukan di “ Revolutionary Armory Show” di New York pada 1913 mempamerkan pelbagai teknik penggunaan warna air yang unik.


Kaedah
Basah atas basah (wet on wet)
Teknik ini melibatkan sapuaan warna air ke atas permukaan kertas yang basah. Dengan kaedah ini ia menghasilkan kesan atau memberi kesan yang lutsinar. Teknik ini adalah sukar bagi cat air kerana teknik basah atas basah atau wet on wet adalah bersifat dramatik kepada media cat air kerana ia amat sukar dalam mengawal sapuan berus keatas permukaan kertas atau kanvas. Bagi menghasilkan atau untuk menggunakan teknik basah atas basah ini dengan tidak membenarkan warna terdahulu kering dan ia adlah suatu perkara yang mudah kerana ia perlu membiarkan warna terdahulu masih lembab dan sapuan warna berikutnya mempunyai kandungan dan pewarna yang lebih. Jika tidak menggunakan cara ini ia akan memberi kesan atau menjadikan warna berbaur dan hasilnya akan nampak kotor.

Basah atas kering ( wet on dry )
Kaedah ini adalah untuk menghasilkan kesan yang legap dalam karya cat air. Teknik ini juga banyak digunakan kerana ia sesuai dengan pelbagai media dan amat mudah dalam mengawal teknik sapuan warna ke atas permukaan kertas. Dalam mendapat kesan yang lutsinar dengan menggunkan warna yang basah dan di sapukan keatas lapisan yang yang telah kering.


Kering atas basah
Kaedah ini pula adalah mengambil terus dari tiub dan terus dengan mewarna keatas kertas yang telah di basahkan.

Kering atas kering serta tindihan
Kaedah ini pula adalah dengan menggunakan warna yang pekat yang disapu keatas permukaan atau lapisan warna yang telah kering dan ini bertujuan untuk menghasilkan kesan jalinan dan ini akan mendatangkan kesan kering yang berlegap dengan menggubkan teknik tindihan warna tersebut. Dengan menggunkan kaeadah ini ia akan memberi kesan yang tebal dan legap keran akaedah ini adalah melibat sapuan- sapuan warna keatas lapisan- lapisan warna kerana bertujuan untuk membentuk ton kedalam lukisan cat air tersebut.

Kering bertindih
Dalam membentuk kesan jalinan ia menggunkan kaeadah menitik warna dalam membentuk objek atau corak yang menarik di dalam lukiasan cat air.

Renjisan
Kaedah ini menggunakan semburan yang menggunakan berus atau berus gigi dengan merenjiskan keatas permukaan dalam menghasilkan kesan yang spotan dan menarik di dalam karya cat air.


Jenis – jenis kertas

1. An- all raund paper

Kebanyakkan kertas warna air diperbuat daripada mesin, namun kita juga boleh membeli kertas buatan tangan yang mana mengandungi picisan yang tinggi. Ianya lebih mahal dan susuah didapati di gedung- gedung seni biasa. Mesin yang membuat kertas ini didatangkan dalam bentuk permukaan yang berbeza, yang mananya mempunyai tiga ketogori utama, yang pertama ialah licin yang juga dikenali sebagai tekanan panas atau untuk yang pendek, yang kedua pula ialah yang sederhana, kadang kala iajuga dipanggil sebagai tekana sejuk atau CP tetapi kebayakannya dikenalai sebagai not dan yang ketiga ialah kasar juga merupakan tekanan sejuk tetapi kebanyakannya mempunyai testur yang rata. Oleh itu, kebanyakan pelukis memilih kategori kertas licin ataupun kasar bagi membangkitan kesan legap, yang biasa dipilih ialah ‘not’, yang mana mempunyai tekstur yang cukup untuk catan yang tahan tetapi tidak mencukupi untuk campur dengan warna secara telitinya.

2 . Heavy paper
Sekiranya berhasrat mengkaji dengan tekstur dan kesannya keatas warna air, kita perlu menggunakan kertas yang bagus, iaitu heavy paper atau board watercolour yang mana ianya mengambil balasan yang sebenar. Kertas yang tebal atau juga dikenalai sebagai bord tidak akan meregang dan ianya harus digosok dengan sedikit air tanpa dihancurkan. Kaeadah ini membantu untuk mengekalkan kualiti lut siinar cat air. Selain itu, anda juga boleh menggunakan span untuk memindahkan atau menambahkan warna.

3. Stretching paper
Kertas cat atau warna air yang nipis akan meregang atau mengembang, oleh sebab itu ianya tidak bengkok atau melekung apabila dicat. Apabila kertas tersebut mengembang, bahagian yang dicat dan bahagian yang dispan, permukaannya boleh digerakkan. Bagi mengelakannya daripada berlaku, licinkan tuala diatas kertas board. Dengan cara ini bahagian atas kertas diletakkan menghadap ke bawah di atas permukaan tuala kertas, bahagian belakang kertas pula dispankan. Tuala kertas mampu, menyerap sebarang sisa air yang mana ianya diserap melalui bahagian atas ketas, kemudiannya, ubah kertas serta,. Seterusnya, lekatkan kertas dengan mengguunakan gam pelekat keatas. Dengan kaedah ini, permukaan yang dicat akan kekal dan tidak terganggu, tidak terganggu, tiada habuk atau specks are picked up tren the board, and prior drawing remains infac


Jenis- jenis kertas

Hot pressed

Pada permukaan kertas ini adalah kasar yang halus dan licin, ia mempunyai tekstur yang bagus untuk sapuan berus. Semasa proses ia akan memberikan sapuan yang lancar ketika menyapu warna keatasnya walaupun ia masih dalam keadaan kering.


Cold pressed or ‘not’ pressed
Kertas lukisan ini mempunyai tekstur sederhana kasar, kertas jenis ini juga adalah bersifat licin dan mudah disapu walaupun dengan sedikit warna yang di sapu pada kertas ini. Ia dipilih kerana mempunyai permukaan yang berkekurutuan dan berbiji kerana ia mudah untuk di sapu dan menyerap warna.

Raugh
Kertas ini adalah kertas yang paling kasar. Permukaannya yang berbutir ini untuk membenarkan maksimum sapuan berus kapadanya dan secara kebutulan ia mempunyai bahagian yang terang yang memudahkan untuk menyapu warna dan menimbulkan kesan warna yang telah disapu pada permukaan kertas ini.


Teknikal
Berus
Berus yang baik untuk kegunaan mewarna adalah dilihat kepada kualiti bulu berus itu tersebut. Kebiasaannya kualiti bulu berus yang berada dipasaran adalah pelbagai. Untuk memilih berus yang baik haruslah dipilih kepada berus yang boleh menyerap air dengan bagus serta tahan lama dan bila kita gunakannya ia tak akan membengkok dan berus yang bagus ia akan lurus seperti mana yang kita kehendaki terutama pada hujung berus tersebut haruslah tajam dan tak akan memberi masalah bila kita menggunakan. Kebiasaannya berus cat air yang bagus adalah diperbuat daripada bulu kolinsky sable jantan yang tersangat mahal.
Berus yang di perbuat daripada bulu Kolinsky Sable ini adalah yang terbaik dan juga ciri- ciri bulu ini adalah halus dan menyerap air dengan sempurna dalam sapuan warna ke atas permukaan kertas. Berus cat air ini ada pelbagai saiz dan mempunyai kegunaannya sendiri dan selain itu juga berus ini juga mempunyai pelbagai bentuk yang telah dikhususkan untuk kegunaannya. Bentuk berus cat air boleh boleh didapati dengan pelbagai bentuk yang harus digunakan adalah seperti raund, flats mops dan ringger.


Jenis- jenis berus
Berus pelukis terdiri pelbagai bentuk antaranya :

Raunds

Raunds adalah berbentuk bulat sepenuhnya yang cukup untuk menyerap air dan bahan warna dan meruncing atau tajam atau dekat tajam untuk kegunaan menghasilkan garisan- garisan, ia juga untuk mewarna benda- benda yang memerlukan kajian terperinci seperti rumput dekat, daun, ranting, paras muka, rambut dan kegunaanya dalam mewarna juga bergantung kepada saiznya. Berus ini juga berguna bagi kebanyakan lukisan alam semula jadi.


Flats
Flats adalah kegunaannya untuk menyapu pada permukaan yang luas dan juga menghasilkan sapuan yang rata. Bagi berus flats yang bersaiz 6 ia adlah untuk mewarna kawasan yang tidak luas, misalnya awan batang pokok, buah-buahan manakala untuk saiz 12 pula ia adalah untuk mewarna kawasan yang luas seperti langit, air, bukit besar, padang luas, bangunan dan lain-lain latar belakang yang memerlukan catan yang cepat dan rata.


Mops

Berus cat air mops ini adalah bersifat lembut da ia adalah sesuai untuk digunakan untuk sapuan yang lembut pada permukaan kertas. Selain itu juga mops juga berkebolehan untuk menyerap air dan warna dengan baik dan mampu untuk menyapu atau mewarna atau mengalihkan warna ke tempat lain tanpa mengenai permukaan yang lain dan tidak terburai ke kawasan tapi dengan cara yang betul. Berus mops ini bagus dan sesuai digunakan untuk kertas basah dan lukisan lembut, bebas, dan menyapukan warna seperti mengalirkan air dengan lembut.


Filbert
Bentuk berus seperti ini tidak seperti berus bulat kerana hujung berus ini tidak boleh tajam kerana ia berbentuk leper. Bulu filbert dibentuk sedemikian adalah kerana kebaikannya adalah untuk membentuk dedaunan kerana sesuai dengan hujung bulu berus ini yang berbentuk bujur dan tumpul.

Ringgers
Berus riggers memeang terkenal dengan bulu berusnya yang panjang daripada pangkal hingga ke hujungnya dan ia bagus untuk mengecat atau mewarna secara sedikit demi sedikit. Berus ini juga sesuai digunakan untuk menghasilkan garisan serta menunjukkan kesan garisan yang terperinci dalam kerja mengecat dan mewarna. Berus ini juga bersifat kecil dan sesuai dengan bulu yang panjang dan halus untuk menghasilkan garisan yang halus dan panjang.


Spotters
Bulu berus spotters adalah bersifat gemuk (stubby) dan pendek tetapi mempunyai hujung yang bagus dan tajam. Kegunaannya adalah dalam menghasilkan kerja- kerja yang bersifat miniature atau kecil dan kerja yang detail terutama menghasilkan lukisan photo.


Fans
Berus fans ini adalah bersifat rata tetapi bulu berus ini terbuka atau mencapah dan lebar. Bulunya yang bersifat kejur, meremang dan melenting sesuai dan bagus digunakan untuk menghasilkan gerakan garis yang lurus atau datar.

Jenis- jenis warna air

Cat air adalah bahan warna yang diperolehi daripada sumber alam semulajadi yang telah diproses menjadi satu bes warna. Bes warna ini pula akan dicampur dengan sedikit air dan membentuk satu pigment yang di sebut sebagai watercolour.

Cat air (water calour)
Ialah pigment warna yang menggunakan bahan tara air dan adakalanya ia menggunakan pengilat gam arab, ia bersifat lutsinar tetapi boleh dilegapkan dengan cara warna disapukan beberapa kali dan boleh tebal.

Cat air terdapat air terdapat dalam dua jenis
i. jenis opaque
ii. jenis tranparents atau lutsinar

cat air dalam bentuk transparent pula terbahagi kepada dua atau jenis iaitu:
i. Dalam bentuk kering atau dry pars.
ii. Dalam bentuk basah atau moigt tube

Dry pans ialah water colour yang diperolehi daripada pigment asas bahan warna iaitu warna yang tidak dicampurkan dengan bahan- bahan lain.
Most tube pula ialah pigment warna yang telah dicampurkan dengan sedikit air untuk memberikan kelembapan pada pigment warna tadi.
Water colour boleh diperolehi dalam pelbagai bentuk seperti:

Tube
Water colour yang telah sedia dicampurkan dengan air, nilainya berdasarkan system grade, kadangkala satu warna lebih mahaldaripada jenis warna yang lain

Pans
Mempunyai kualiti kelembapan yang bagus dan mudah digunakan walaupun digunakan dengan berus yang kering tetapi amat mudah bercampur dengan warna yang lain oleh itu berus hendaklah dibersihkan terebih dahulu.

Piant box
Setiap pans boleh di tukar selepas selesai menggunakannya

White guache
Ianya sangat menjurus kepada putih opaque. Campuran dengan cat air menjadikan opaque (kabut), merupakan body colour. White guache biasanya digunakan untuk kasar highlights dan sentuhan terakhir.


Warna

Mengenali warna dan memahami merupakan pengetahuan asas dalam melukis dengan menggunakan warna air ini. Kebiasaannya dalam sebuah kotak warna telah terdapat semua warna yang dikehendaki, tetapi untuk menjadikan seorang yang mahir dan memahami struktur warna adalah menggunakan warna asas sahaja untuk mencari warna yang lain yang hendak di gunakan dalam lukisan. Dengan mencampurkan warna- warna yang ada bagi menghasilkan warna yang baru. Selain itu juga, ia boleh menghasilkan warna yang pelbagai yang tidak diberikan.
Pengetahuan tentang warna dan mencampurkan warna adalah asas peting yang perlu kita ketahui. Campuran warna adalah amat penting dalam cat air. Campuran warna asas iaitu warna biru, merah dan kuning akan menghasilakn warna yang pelbagai.
Permulaan warna asa yang perlu kita kita ketahui dengan campuran warna asas akan mengeluarkan warna yang pelbagai, sebagai contoh warna yang telah dalam pyramid ini. Dengan campuran warna maka kita akan tahu pelbagai warna yang akan dihasilkan. Warna asasnya ialah merah, kuning, biru.

Primary colour( warna asas)

Campuran tiga serangkai iaitu merah, biru, dan kuning iaitu warna asas (primary) akan menghasilkan warna gray. Warna kuning dicampur dengan biru dengan kuantiti yang sama akan menghasilkan warna hijau. Warna biru pula di campurkan dengan warna merah akan menghasilkan warna ungu dan merah di campur dengan warna kuning akan menghasilkan warna oren dan warna yang dihasilkan dengan campuran warna asas ini adalah warna sekunder ( secondary colour) dan warna- warna sekuder yang dicampurkan ini juga akan menghasilakn warna gray.
Warna komplimentari ( complementary colour)

Warna-warna komplementari terhasil dari pelbagai campuran warna asas dengan warna skunder. Banyak sedikitnya warna-warna yang di campur juga akan menghasilkan warna komplimentari yang berlainan. Warna saling melengkapi melalui rangkaian garisan lurus warna mempunyai perbezaan yang ketara. Contoh warna yang saling melengkapi ( kuning, merah keunguan dan biru keunguan) adalah melaluirangkaian garisan putus- putus, walaupun warna kuning digunakan, idea ini mungkin dapat disesuaikan dengan pelbagai warna dan akan menghasilkan warna- warna yang lain daripada warna pelengkap.


Tertiary colour ( warna ketiga )

Warna yang terakhir ialah warna yang terakhir dalam nombor warna. Warna di hasilakan dengan campuran dengan mana dua warna sekunder atau diantara penuetralan daripada satu warna pelengkap. Untuk mndapatkan warna yang baik kita haruslah membuat kajian dengan mencampurkan antara warna sekunder dan meghasilkan warna yang baru seperti warna browns, olive, maroons dan kita kita akan jumpa di bahagian tengah dalam cincin warna ini.


Warna- warna panas, neutral dan sejuk

Warna panas terdiri daripada warna yan terang seperti warna kuning hinggalah kepada warna merah keunguan, warna neutral pula ialah warna putih hingga warna hitam dan warna sejuk pula kuning kehijauan hinggalah kepada ungu.


Palettes
Untuk melukis dengan menggunakan cat air ia memerlukan palettes sebagai tempat bacuh atau mencampurkan warna. Kebiasaan palettes berwarna putih dan mudah dicuci setelah menggunakannya. Palettes kebanyakkannya diperbuat daripada seramik, plastic, atau logam. Kegunaan palettes ini adalah untuk memudahkan pelukis untuk membacuh warna- warna yang ada dalam tiup keatas palettes dan untuk mencari warna yan baru yang telah dicampur dengan warna yang lain.
Kebanyakkan palettes yang dibuat khas kepada pelukis dan kebanyakkannya ia adalah dalam bentuk yang simple atau ringkas bagi membolehkan ia dibawa ke luar studio. Palettes datang dari pelbagai bentuk dan saiz, ada yang berentuk bulat, petak dan ada yang boleh dilipat.
Palettes dilihat dari segi struktur, bentuk atau permukaan yang hendak dijadikan tempat membacuh iaitu tempat dimana warna yang hendak diletakkan dalam kotak kecil pada permukaan palettes itu. Selain itu juga, palettes yang bagus adalah yang senang dipegang ketika mewarna. Palettes yang bagus adalah yang terdapat lubang ibu jari yang senang untuk dipegang.
Secara amnya, palettes bukan sahaja penting dalam mewarna tetapi ia adalah tempat untuk menghasilkan warna yang lain. Kepentingan palettes ini adalah tempat untuk meletakkan warna. Selain itu baris-baris kotak kecil yang ada pada palettes adalah tempat letak bahan warna dan memudahkan pelukis meletakkan warna dalam keluarga warna iaitu warna panas kepada warna sejuk.


Jenis- jenis palettes

1. Folding Metal Palettes
Kegunaannya adalah untuk kerja cat air atau catan di luar studio, palettes seperti ini yang boleh dilipat banyak dijual tetapi yang paling baik adalah palettes yang di perbuat daripada logam. Palettes seperti ini mempunyai bahagian dalam yang berwarna putihyang dicat dengan lapisan yang bekilat untuk memudahkan dan membezakan warna manakala bahagian luarnya berwarna hitam. Buataan palettes ini adalah tradisional kerana ia mempunyai lubang tempat ibu jari yang memudahkan untuk dipegang. Ia dibuat khusus untu pelukis kerana ia mempunyai kualiti yang bagus, tahan lama, saiz yang standard serta senang di bawa.
2. Butcher trays

Palettes Butcher Trays ini muncul pada awal abad ke-20. palettes ini berwarna putih yang disaluti cat yang berkilat, manakala di tepi bingkai palettes ini pila berwarna biru kehitamandan ia bagus untuk membacuh warna di dalamnya. Bentuk palettes ini kelihatan seperti kuali yang sedikit cembung dan ia membenarkan membacuh warna dalam kuatiti yang banyak. Ia berbeza dengan palettes yang lain yang mempunyai kotak- kotak tempat warna keran palettes ini adalah untuk membacuh warna bagi membuat atau mencipta warna yang menarik dalam kuatiti yang banyak.



3. Ceramic Palettes

Idea bahan untuk membuat palettes daripada glazed tembikar cina, ia mudah di basuh dan ia tidak mudah dikotori atau berlumuran. Palettes ini dibuat adalah keran ia mempunyai kecondongan untuk menghasilkan warna keran ia mempunyai barisan kotak yang memudahkan untuk meletak warna. Palettes ini adalah sesuai untuk kegunaan kerja di dalam studio.
4. Studio palettes
Palettes ini adalah sesuai untuk semua sama ada diluar studio ataupun di dalam studio, ia bagus untuk digunakan kerana kerana ia mempunyai banyak kawasan tempat letak bahan warna dan ia juga mempunyai penutup untuk menghalang habuk daripada memasuki warna. Walaupun warna itu telah kering tetapi ia masih boleh digunakan dengan mebasahkannya dengan air supaya ia menjadi lembab. Ia mempunyai kelebihan dan ciri- ciri yang baik kerana bentuk yang di hasilkan adalah mengikut keperluan yang dikehendaki oleh para pelukis cat air.