Tidak dinafikan bahawa seni cetak merupakan salah satu media seni lukis yang popular di kalangan pelukis serata dunia. Tiga kategori seni cetak adalah, (1) teknik cetakan permukaan (contohnya litografi, seni cetak potongan kayu), (2) teknik cetak timbulan (contohnya gurisan asid) dan (3) teknik cetak stensil (contohnya sutera saring).
Kebanyakan pelukis memilih untuk mengukir atau mengguris kepingan logam ataupun menuris blok kayu mereka sendiri kerana ingin mengalami rasa intim serta kegembiraan yang tercetus menerusi proses fizikal seni cetakan itu. Pengalaman serta kemahiran yang tinggi diperlukan bagi memastikan impresi yang optimum diperolehi menerusi plat cetakan. Keupayaan ini akan membolehkan para pelukis menggunakan sepenuhnya potensi sesuatu media dalam mencipta karya-karya seni cetak yang bermutu, tidak tercacat akan kelemahan teknik.
Seni cetak merupakan suatu lanjutan kecekapan pelukis dalam menampilkan disiplin-disiplin yang berbeza. Seperti catan ataupun bentuk-bentuk kesenian lain, seni cetak asli menyalurkan ekspresi individu pelukis, emosi serta kematangan estetik. Di samping itu, seni cetak merangkumi pelbagai sudut persepsi di dalam proses penghasilannya. Seperti catan, seni cetak juga memberi ruang yang terkawal serta kelonggaran dalam proses penciptaannya. Sesuatu karya seni itu dianggap asli jika ia bukan reproduksi ofset daripada karya-karya catan cat minyak, cat air mahupun akrilik.
"Apakah itu sebuah cetakan asli"
Terdapat lima definisi cetakan asli yang telah dipersetujui oleh Kongress Ketiga artis-artis Antarabangsa yang diadakan di Viena pada september 1960. Kelima-lima definisi itu adalah :
Hak ekslusif seseorang artis seni cetak untuk menulis nombor-nombor tertentu di atas karya-karya seni cetaknya dari teknik-teknik seperti turisan, litografi dan lain-lain lagi. Hasil-hasil karya cetakan-cetakan yang dihasilkan oleh artis boleh ditentukan progresnya melalui istilah-istilah seperti "First State" atau "Second state" dan lain-lain. Sementara istilah "artist proof" pula selalunya dihadkan kepada 10 peratus dari jumlah keseluruhan edisi dan tiap-tiap satunya perlu tandakan dengan nombor. Jumlah artist proof pula tidak usah dicampurkan kepada edisi.
Untuk menentukan tiap-tiap karya cetakan sebagai sebuah cetakan asli bukan sahaja tandatangan artis perlu diturunkan tetapi karya-karya itu mesti ditandatangan dengan jumlah kesemua edisi dan juga nombor siri cetakan-cetakan itu. Pembantu-pembantu yang menolong artis mencetak boleh juga meletakkan tandatangannya di atas karya cetakan yang dihasilkan.
Selepas sahaja sesebuah edisi, tiap-tiap plat, batu, blok kayu atau apa-apa jenis bahan yang digunakan perlulah ditanda atau diguris dengan jelas untuk menandakan edisi cetakan telah selesai.
Prinsip-prinsip yang disebutkan tadi adalah untuk memastikan karya-karya seni cetak sebagai hasil cetakan asli. Dalam kata lain juga, cetakan yang dianggap cetakan asli apabila artis sendiri yang menyediakan plat-plat asal, mengukir sendiri blok kayu, melukis di atas batu dan lain-lain. Oleh itu, hasil-hasil karya yang tidak tergolong di dalam kondisi tadi haruslah dianggap sebagai sebuah "reproduksi".
Bagi reproduksi pula tiada apa peraturan yang diberatkan. Walaubagaimanapun sesebuah reproduksi boleh dianggap sebagai sebuah cetakan asli jika kualiti reproduksi yang dihasilkan sangat tinggi mutunya sehingga artis itu sendiri memberi persetujuan keatas cetakan dan menurunkan tandatangannya.
Cetakan-cetakan yang tidak boleh dianggap sebagai cetakan asli adalah seperti berikut :
Pencetakan sebuah karya yang dibuat dengan proses "photo-mechanical" walaupun dalam edisi yang dibatasi dan mempunyai tandatangan artist yang empunya karya.
Cetakan yang boleh dianggap menciplak dan meniru hasil karya seni dan kemudian dicetak

No comments:
Post a Comment