Wednesday, August 5, 2009

Cat Minyak


SEJARAH CAT MINYAK


Tamadun Selatan Eropah lama, Greek, Rom atau masyarakat Mesir secara berleluasa menggunakan teknik asas mengecat melalui campuran encautic, pigmen garam mineral (besi, kuprum, magnesium oksida) dan campuran serbuk warna dengan telur. Minyak sayuran seperti pokok Flax, pokok Walnut dan pokok minyak candu di ketahui masyarakat Kuno lama, Greek atau Rom tetapi tidak mempunyai tanda apabila mereka menggunakan cara mengecat tersebut. Tempera ialah campuran bendalir di dalam bekas (medium organik), air, aditif yang mudah menjadi wap. Medium organik di gunakan oleh pelukis Itali yang di jumpai daripada sumber binatang.
Pada hujung Empayar Rom dan ketika zaman Renaissance ( abad ke 5), teknik yang lama tidak di gunakan dan menggantikan cat minyak dan tempera. Di Itali dan Greek, minyak buah zaiton di gunakan untuk membuat persediaan bagi adunan bahan pewarna tetapi masa untuk mengeringkan adalah terlalu lama dan membosankan bagi setiap manusia.
Di lihat kelemahan di Rahib Jerman, Theophilus, dalam abad ke-12 ini mengingatkansekali lagi resipi cat dengan memasukkan minyak buah zaiton( schoedula Diversarum Artium). Pada abad ke-5, penulis laporan prubatan Aetius Amidenus, menyatakan untuk mengeringkan minyak hendaklah menggunakan vanishdiatas lukisan.
Menurut Giorgio Vasari (1511-1574) dalam karyanya’Lives of the Artist’. Beliau menggunakan teknik cat minyak dengan menggunakan sedikit pengubahsuaian, melihat cipta atau tentang mencipta di Eropah dalam tahun 1410 oleh Jan Van Eyck (1390-1441). Pada hakikatnya mengikut pelukis Flemish, beliau tidak memulakan dengan cat minyak. Kamajuan dalam pencapaian beliau menggunakan vanish atas ‘siccative oil’ sebagai penjilid iaitu bahan semulajadi. Di samping minyak linsing, minyak kacang dan minyak biji popi daiman mengambil masa yang lama untuk mongering. Kemungkinan boleh terjadi pelukis sudah bersedia memerhatikan persediaan minyak kepada penambahan masa untuk mongering kanvas dengan cahaya matahari.
Leonardo da Vinci (1452-1519), membuat persediaan untuk membaiki dalam memasak adunan minyak di tempera yang sederhana, selepas penambahan 5 kepada 10% penggilp lilin, ini adalah untuk menggelakkan warna hitam.
Giorgione (1477-1510) , titian (1488-1576) dan Tintoreto (1518-1594) mengubah serba sedikit resipi yang sebenar.
Kebolehan untuk mongering atau kepada polimer ke bendalir separa di dalam kandungan tak tepu ‘fatty acids’, sebaik- baiknya dua atau tiga di dalam sebatian tak tepu. Penglibatan asid mono sebatian tidak tepu(oleic) tidak sempurna tetapi agak terhad.
Memandangkan pelbagai bahan semulajadi dan minyak yang tidak boleh di makan digunakan di dalam industri cat dan ianya mengambil masa untuk kering, kadang- kadang lebih lambat berbanding minyak linsing. Di antaranya ialah tung oil,perilla oil,minyak popi, dan minyak kacang soya untuk menghasilkan satu campura. Keputusan proses pengeringan dalam pempolimeran memerlukan oksigen. Mekanisme mengambil kira penurunan oksigen, asid fatty tak tepu menghasilkan pembentukan kumpulan aldehey kemudian bertukar kepad kumpulan karbon silik kerana mudah bertindakbalas dengan kehadiran sebatian pimelic,suberic,azelaic dan asid sebatian di jumpai dalam cat lama.


Cat minyak

Cat minyak mengandungi bahan pewarna yang penuh, terdapat penjilid umumnya minyak biji rami atau ming kering, dan lain-lain selain itu juga ia mengandungi minyak seperti minyak bunga matahari kering atau minyak walnut. Kebiasaan cat minyak disapu atas kain kanvas yang digunakan bersama dengan turpentine dan minyak linseed bagi mencairkan warna tersebut. Set pemanas warna minyak mempunyai sifat atau ciri-ciri yang sama dengan cat minyak tetapi cat dibahagian atasnya berada dalam keadaan yang lembab dan dijalankan dalam masa yang tidak tetap sehingga dipulihkan oleh haba pemanas. Dalam keadaan kepanasan yang biasa sentatik minyak bersama ciri haba pemulihan digunakan sebagai penjilid.

Sifat cat minyak
- Pewarna cat minyak menggunakan bahantaranya turpentine.
- Ia menggunakan linsid oil( minyak biji rami) sebagai pengilat dalam lukisan.
- Dalam cat minyak ia boleh membuat berbagai kesan, tetapi sesuai untuk kesan tegap
- Cat minyak ini juga lambat untuk kering
- Menggunakan kain kanvas untuk mencatan
- Berus jenis keras atau pisau palit



BERUS

Mengikut tradisi, berus cat minyak mempunyai pemegang yang tirus atau runcing yang panjang, yang membolehkan para pelukis melukis secara adanya jarak daripada kanvas. Berus cat minyak biasanya menggunakan bahan fiber semulajadi yang lembut, seperti bajer dan sable, dan sintetik fiber yang lembut. Pewarna berus yang sintetik, kerap kali terdiri daripada warna emas yang kemerah-merahan atau kesannya tersorok.
Lukisan cat minyak juga menggunakan berus sintetik yang kuat dan meremang bagi mengendalikan akrilik. Dick Blick memanggil berus ini dengan nama ‘Acrylic and Oil Brushes’. Walau bagaimanapun, lukisan akrilik patut mengelak daripada penggunaan berus pada ruangan ini dengan akrilik, kerana ianya terlalu tajam pada fiber semulajadi yang halus dan bersepadu.

Georgian Oil Brushes Fan
Sesuai untuk kerja yang menggunakan cat minyak atau akrilik, ianya mampu dibeli; harga berus Daler – Rowney memepunyai panca berjanggut, yang mana membolehkan pengawalan goresan yang lebih baik. Saduran – nikel yang panjang teratur menunjukkan bahawa keunikan pemegang pelbagai warnanya sesuai untuk kerja-kerja seni.
Tiada dua pemegang sekaligus, tapi setiap berus mempunyai jaminan. Baik golongan professional, pelajar, dan juga golongan yang baru belajar, selesa menggunakan berus ‘Georgian’ ini yang sememangnya menawarkan kualiti yang baik dan nilai yang luar biasa.

Bright
Bulunya rata, ukuran bulu berusnya – pendek, biasanya mempunyai pemegangnya yang panjang. Ukuran panjang dan lebar kepala berus adalah sama. Ianya sesuai digunakan untuk kerja yang pendek, mengawal goresan, dan dengan warna yang tebal atau berat.

Fan
Bulunya rata, dan juga mengembang. Bulu yang semulajadi lebih sesuai untuk paduan yang lembut dan kerja-kerja yang sintetik bagi kesan yang bertekstur. Biasanya digunakan bagi melicinkan dan menyatupadukan, kesan yang baik dan bertekstur. Medianya ialah akrilik dan ‘decorative’.

Filbert
Tebal, bulunya rata dan berbentuk bujur , pertengahan kepada bulu yang panjang, pemegangnya panjang. Bulu semulajadinya lebih sesuai untuk kesepaduan kerana bulunya akan bergabung bersama apabila basah. Dengan matanya yang bulat dan lembut, berus ini sesuai untuk kerja-kerja melukis figurative dan untuk kesepaduan.

Flat
Bulunya rata, hujungnya berbentuk segi empat sama, pertengahan kepada bulu yang panjang. Menyediakan sebahagian kapasiti warna dan gerakan yang mudah. Digunakan untuk garisan tebal, sapuan goresan atau untuk garisan yang baik. Tampalan tebal digunakan untuk lukisan yang tebal.
Pointed Round
Lebih sempit atau tidak lebar berbanding berus bulat yang standard. Bulunya bulat, tipnya tajam. Bulu yang semulajadi tajam. Ia digunakan untuk keseluruhan yang baik, garisan yang baik, bintik atau tompok, dan ‘retouching’.

Round
Bulunya bulat, tipnya bulat atau tajam. Ia boleh didapati dalam pelbagai saiz, kelebaran, dan pelbagai harga. Digunakan secara menyeluruh, ‘wash’, memenuhi, dan tinggi untuk garisan yang tebal. Ia merupakan berus kegemaran bagi orang yang baru belajar untuk kerja-kerja seni.




WINSOR & NEWTON LIQUIN MEDIUM

Cecairnya tahan lama, tidak menguning untuk menipiskan minyak dan warna ‘alkyd’, dan memendekkan tempoh pengeringan. Winsor & Newton menunjukkan garis cecairnya yang popular melalui tiga jenama yang merupakan produk terbarunya.

Original Liquin
Bersesuaian untuk teknik glazing dan keseluruhannya adalah baik, dan juga memendekkan tempoh pengeringan.

Liquin Fine Detail
Menukarkan cara tradisional pertengahan Copal kepada kerja yang lebih menyeluruh, glazing, dan campuran yang lancar tanpa sapuan. Akhirnya, membawa kepada pengeringan yang berkilat.

Liquin Impasto
Mengekalkan tekstur yang keras dan goresan berus. Menyediakan atau menjadikan tiub warna dan pengeringan yang separuh berkilat akhirnya.

Liquin Light Gel
Kerosakan serta merta berlaku apabila memberus, dan mencipta sesuatu yang tidak meleleh, kesannya licin, pengeringan akhirnya berkilat.
Kesemua cecair liquin pertengahan boleh didapati dalam pelbagai saiz, melainkan ‘impasto medium’, yang boleh didapati dalam 200ml untuk satu tiub.

WINSOR & NEWTON LINSEED OILS

Bleached Linseed Oil
Ianya bertapis, minyaknya pucat, diproses untuk menambahkan sedikit ‘viscosity’. Ianya meningkatkan pengaliran warna dan pengeringan yang lebih pantas berbanding ‘refined linseed oil’. Sebotol mengandungi 75ml.

Cold – Pressed Linseed Oil
‘Cold Pressed Linseed Oil’ adalah sejenis minyak semulajadi yang ber’viscosity’ rendah. Ianya terhad daripada biji flaks tanpa menggunakan haba. ‘Cold Pressed Linseed Oil’ ini menawarkan kejelasan dan ketulenan yang terhebat. Ianya dijual dalam botol kaca yang mengandungi 75ml (2.5 oz).

Refined Linseed Oil
Gunakan ‘alkali – refined’ ini, yang berwarna pucat untuk mengurangkan konsisten dengan warna minyak, meningkatkan kilatan, lutsinar dan tempoh pengeringannya adalah perlahan. Boleh didapati dalam 500ml atau 1 liter sebotol.



Stand Linseed Oil
Campuran kepudaran ini, lingkaran minyak dengan turpentine atau bahan mineral yang putih untuk membaiki pengaliran warna minyak anda – ianya akan merencatkan pengeringan dan memberikan sesuatu yang tidak mudah rosak, elastik akhirnya.

Thickened Linseed Oil
Ia pekat seperti sirap yang kekal membezakan kepudarannya, minyak yang bertapis mempercepatkan pengeringan dan meningkatkan pengaliran warna. Boleh didapati dalam isian 75ml bagi setiap botol.



WINSOR & NEWTON ARTISAN WATER MIXABLE OIL PAINTING MEDIUMS

Winsor & Newton menawarkan kepelbagaian media bagi mencapai keseluruhan teknik dan stail warna tadisional dengan ‘Artisan Water Mixable Oil’.
Media artisnya adalah tidak menggunakan warna minyak tadisional dan tidak sepatutnya dicampurkan antara satu sama lainnya. Gunakan satu media sahaja dalam satu masa.

Painting Medium
Media ini kekal lama dan meningkatkan lagi pengaliran.

Fast Drying Medium
Ianya bukan hanya melancarkan pengaliran dan meningkatkan tempoh pengeringan, tetapi juga meningkatkan kilatan dan kelutsinarannya, mencipta kegemilangan untuk kerja-kerja yang menggunakan teknik glazing.

Linseed Oil
Linseed Oil menyebabkan pengekalan, memperbaiki pengaliran warna, dan meningkatkan kilatan dan kelutsinaran.



Stand Oil
Stand Oil merupakan sejenis media pengeringan yang perlahan, yang memperbaiki pengaliran dan kerataan, menjadikannya baik untuk teknik glazing apabila digunakan.

Impasto Medium
Media ini memekatkan cat untuk impasto dan pengstrukturan, dan memendekkan tempoh pengeringan.

BLICK MASTER CANVAS

Kanvas linen dengan minyak terbaik merupakan tahap klasik bagi pelukis cat minyak. Akrilik terbaik, tidak berapa mahal melebihi cat minyak terbaik, boleh digunakan sama ada akrilik mahupun cat minyak. Linen ini berbeza antara satu yang terbaik dan regangan yang betul, tetapi ianya menawarkan pengilatan dan kekentalan pada permukaan lukisan, satu dengan pembuktian hayatnya yang panjang.
Kanvas ‘cotton duck’ tidak begitu mahal melebihi linen, dan tampil dengan lebih sokongan popular kepada lukisan cat minyak dan akrilik, lebih-lebih lagi kepada pelajar. Terbukti penyediaan kanvas cotton memberi hayat yang panjang serupa linen, dan ianya lebih fleksibel dan mudah untuk lukisan yang besar. Bagi kedua-duannya, sama ada lukisan cat minyak mahupun akrilik, akrilik ‘gesso primer’ kebiasaannya digunakan.
‘Side stapling’ merupakan teknik yang kurang digunakan untuk mengikat kanvas bagi meregangkannya, kerana ia menggunakan kanvas yang rendah kualitinya. Kepingan terakhir lazimnya rangka untuk menyembunyikan ‘stapler’.
‘Back stapling’ pula merupakan teknik penyudahan yang lebih kerap digunakan, dan ia memerlukan lebih kanvas, tetapi ia memberikan lebih keselamatan untuk peregangan. Kebanyakan pelukis melukis di tepi sebagaimana permukaan, mencipta karya yang memerlukan pembingkaian.
‘Spline finishing’ merupakan teknik penyudahan yang lebih penting, dan kebanyakan artis atau pelukis merasakan bahawa ia tidak mudah untuk dilakarkan pada kanvas sebagaimana ‘baack stapling’. Bagaimanapun, kebanyakan pelukis memilih kanvas ‘spline kerana ia kelihatan kemas berbanding ‘back stapler’, dan ia popular di kalangan pelanggannya.

OIL PAINTING GIFT SETS

Cat minyak artis mengandungi bahan pewarna dengan muatan yang penuh, terapung-apung dalam satu penjilid yang biasanya ‘linseed oil’ atau lain-lain minyak pengering seperti ‘safflower oil’, ‘poppyseed oil’, atau ‘walnut oil’. Kegunaannya untuk meregangkan kanvas atau ‘board’ yang mempunyai kepentingan kepada penerimaan cat minyak. Dibersihkan dengan menggunakan turpentine atau bahan mineral yang lain.
Cat minyak ‘Heat – Set’ mempunyai sifat lazimnya yang seakan-akan cat minyak biasa, tetapi permukaan catnya kekal lembap dan boleh digunakan secara berterusan, sehinggalah ia terkena haba. Dalam tempat pengeringan minyak yang asli, minyak sintetik dengan awetan – haba tanah digunakan sebagai penjilid. Ini memberikan pelukis satu tahap pengawalan tempoh pengeringan yang melampau yang belum pernah berlaku sebelumnya. Warna minyak ini tidak boleh bercampur dengan jenis cat minyak yang lain, dan ia memerlukan ‘varnish’ dan medianya yang tersendiri.
Tahap cat minyak di kalangan pelajar lazimnya seakan-akan pelukis professional, tetapi dengan bahan yang rendah konsetrasinya, formulanya juga lebih rendah, dan lingkungan warna yang sedikit. Bahan pewarna yang lebih mahal lazimnya adalah ‘replicated’ daripada warna. Warna mungkin tidak mempunyai campuran yang sama, lazimnya warna biasa penuh tenaga.
Cat minyak ‘Water Mixable’ pula seakan-akan cat minyak yang biasa, tetapi kandungannya diubahsuai daripada minyak penjilid yang kekal lama dan boleh dibersihkan dengan air. Sekali kering, lapisan cat melawan air yang hanya sebagai satu kebiasaan cat air lakukan. Tempoh pengeringan lebih pantas dan pembersihan lebih menyenangkan. Pengguna mengatakan terdapat beberapa masalah dengan baunnya yang kuat dan alergik. ‘Water Mixable Oil’ boleh bercampur dengan media dan cat minyak yang biasa, tetapi hasil campurannya rendah iaitu air yang lazimnya boleh dilarutkan.


WINSOR & NEWTON ENGLISH DISTILLED TURPENTINE

‘Turpentine English’ yang bertapis merupakan pilihan tradisi bagi mencairkan warna dan membersihkan berus, dengan kandungan kelembapan yang baik berbanding bahan mineral. Turpentine yang tinggi golakannya dan mudah terbakar dan ia sepatutnya digunakan secara lebih berhati-hati.


Blick Stainless Stell Painting Knives
Menyaksikan keunikan pisau lukis yang diperbuat daripada keluli yang tahan karat iaitu ‘stell knives’. Mata pisaunya adalah fleksibel, kilatannya tinggi dan cantik, dan ianya benar-benar tidak akan berkarat. Setiap mata yang pejal dalam satu kilatan yang mengakhiri pemegang kayu. Ia merupakan buatan Jepun.


Amaco Paragona Glass Artist Palette
‘Amaco Paragona Glass Artist Palette’ ini dikhaskan untuk diletakkan pada permukaan meja, bukannya menjadi sesuatu yang ketinggalan. Ianya sesuai bagi campuran warna yang memerlukan kawasan yang luas.
‘Paragona Palette’ ini baik kilatannya, sesuai pada berus dan tidak poros. Ianya dibersihkan dengan usaha yang sangat kecil.
Paragona yang dibuat adalah kuat, 100% bahan kacanya terkawal keseluruhannya dengan kilauan yang elok, kelebihan yang selesa. Ia mempunyai satu penyokong vinil yang berwarna putih.
Jenis-jenisnya adalah 11” W x 14” L x 1/8 ” tebal (28 cm x 35.5 cm x 3 mm).


ARTIST PALETTE

Palet artis tradisi digunakan bersama minyak dan ‘viscous’ atau ‘heavy – bodied’ akrilik, yang meratakan ‘orb’ dengan mudah untuk membersihkan permukaannya. Bentuk yang paling popular ialah bentuk segi empat.
Palet merangkumi penyimpangan cat yang lembap dan dilaksanakan antara sesi ke sesi.
Palet cat air juga digunakan untuk akrilik dan media ‘waterbased’ yang lain. Ia satu bekas tipikal iaitu segi empat atau bulat dengan kepuasan atau lekuk untuk mencampurkan warna.


TEKNIK-TEKNIK CAT MINYAK

Teknik Titik (Pointilistic)
Titikan warna dikenakan pada permukaan untuk membentuk tindanan titik-titik warna. Jika dilihat dari jarak yang jauh, titik-titik warna akan bergabung dan menghasilkan warna baharu. Kesan ini terhasil daripada campuran warna secara optikal.

Teknik Glazing
Teknik ini menunjukkan kesan seolah-olah kilauan berkaca yang lut sinar. Teknik ini memberikan kesan warna pada catan dengan cara menindih lapisan warna gelap yang lut sinar ke atas warna yang lebih cerah yang telah kering.

Teknik Scambling
Dalam teknik ini, warna disapu secara opaque ke atas lapisan yang sebelumnya yang mana boleh disapu secara rata, lut sinar, atau impasto. Ciri penting dalam teknik ini dapat dilihat mampu ditonjolkan melalui cara yang berbeza. Teknik Scumbling boleh diperoleh dengan cara menyapu warna terang atas permukaan gelap atau gelap atas permukaan terang. Ia boleh dilapiskan dengan menggunakan berus atau tompokan dengan kain buruk atau jari. Ia menggunakan berus yang terkawal, menggunakan lapisan warna.



Teknik Alla Prima ( Direct painting)
Teknik ini merujuk cara di mana artis perlu mewarna secara tepat dan spontan dengan sapuan warna terus dari tiub. Teknik ini sesuai untuk artis yang menghasilkan catan di luar bangunan kerana tekniknya terus dan spontan. Setiap palitan warna perlu tepat kerana dalam teknik ini, taida lapisan kedua.

Teknik Impasto
Teknik ini mengaplikasikan penggunaan warna tebal dan banyak yang mana ia kontra dengan teknik glazing atau teknik scumbling. Warna yang tebal mengekalkan kesan sapuan berus atau palitan pisau palet (palette knife). Teknik impasto sering digunakan dalam catan alla prima apabila cat yang sapuan tebal dan sapuan berus yang cepat membenarkan catan itu disiapkan dengan cepat.

Teknik Hard Edge
Ia merupakan teknik yang menggunakan ‘masking tape’ untuk memisahkan warna yang mana hasilnya menampakkan catan seperti dipotong-potong.


Membuat dan meregangkan kanvas

Kanvas ialah permukaan yang akan dicatankan. Cat minyak memerlukan permukaan yamh bertekstura. Oleh itu, permukaan kanvas perlu diregangkan. Sebuah kanvas yang telah siap di dalam pasaran sangat mahal. Pelajar boleh membuat sendiri dengan menyediakan bahan seperti kayu, kain belacu, gam atau glu enamel dan cat emulusi putih.

Langkah yang pertama
- Siapkan pemidang kayu mengikut saiz yang dikehendaki. pemidang kayu hendaklah kukuh dan tedak boleh lentur.

Langkah kedua
- Meregangkan kain bucu. Semasa meregang, gunakan staple gun untuk memaku kanvas kesisi dengan kemas. Jarak antara setiap paku lebih kurang 5 cm.

Langkah ketiga
- Mengglukan permukaan kain untuk menutup lubang pada kain. Proses ini boleh dilakukan dengan menggunakan gam kanji yang cair.

Langkah empat
- Setelah gam kanji cair kering, catkin dengan cat emulsi putih. Mengecat hendaklah dilakukan dengan cara menyilang untuk mendapatkan kesan tekstura.
Persediaan sebelum mencatan cat minyak

Sebelum memulakan gerak kerja mencatan, terlebih dahulu perlu menyediakan alat dan bahan media. Persediaan mencatan cat minyak rumit sedikit daripada persediaan cat air kerana cat minyak banyak memerlukan alat- alat tambahan seperti kekuda (easel), kanvas, minyak linseed dan turpentine.
Kanvas perlu diletakkan pada kekuda. Picit tiup warna keatas plat pembacuh warna atau palatte dan susun mengikut susunan yang sesuai untuk memudahkan kerja semasda melukis. Illustrasi menunjukkan cara memegang berus yang betul semasa mencatan. Cara ini biasanya digunakan ketika mencatan cat minyak keatas kanvas yang digantung pada kekuda.



6 comments:

  1. salam cikgu, sy terjumpe blog nie cuz nak cri ttg teknik glazing...skrg da jumpe thnks cikgu, harap lps nie ley cikgu tambahkan ttg aliran seni yang ade pulak..utuk pngethuan kpd peminat seni...

    ReplyDelete
  2. thanks cikgu kerana berkongsi ilmu..

    ReplyDelete
  3. salam
    na taw ngan lbih lnjut mengenai berus.
    saya diberi tugasan untuk mencari mengenai berus
    jenis2 berus, kelemahan dan kekurangan, ciri2 berus
    oke . terima kasih

    ReplyDelete
  4. ask dong, aku coba ngelukis tapi kok gak kering2 ya? kira2 brp hari ? n apa yg harus dilakuin biar cepet kering? thanks

    ReplyDelete
  5. ore mache? haha.. mintak tunjuk ajaq cikgu.. baru nk bljaq jd ore seni ni..

    ReplyDelete
  6. Uik. Bru jumpa page ni. Rajinnya menulis... Tahniah!!

    ReplyDelete